Rambut beruban bukan sebahagian proses penuaan


“Dr, saya malu berjumpa dengan kawan-kawan. Umur saya baru 27 tahun, tapi kepala saya dah penuh rambut-rambut putih. Kawan-kawan selalu tegur rambut saya sampai satu masa saya rasa sangat-sangat tertekan. Saya hilang keyakinan diri depan mereka. Setiap kali terlihat uban di kepala, saya akan ke saloon untuk mewarnakan rambut saya.”

Munculnya uban di rambut adalah proses semula jadi yang terjadi disebabkan oleh faktor penuaan. Namun, jika rambut anda tiba-tiba beruban pada usia muda, ia dikenali sebagai uban pramatang dan memerlukan perhatian perubatan kerana ia menunjukkan tubuh berhenti menghasilkan sel-sel pigmen. Anabel Kingsley dari Philip Kingsley Trichological Clinic berkata, uban hanya muncul apabila penghasilan sel pigmen dihentikan kerana pigmentasi yang memberi warna kepada rambut. Maka kegagalan menghasilkannya akan meninggalkan rambut tanpa warna yakni putih atau beruban. 

Kehilangan melanin kerana kegagalan fungsi pigmentasi disebabkan pelbagai faktor. Kalau anda rasa anda masih muda tetapi sudah beruban, ia mungkin disebabkan genetik, cuba tanya ibu bapa anda jika mereka turut alami perkara sama. Selain itu, tekanan dan masalah emosional juga boleh mengganggu fungsi pigmentasi dan penghasilan melanin. Kekurangan vitamin B menyebabkan rambut akan lebih cepat beruban dari biasa. Tetapi tidak perlu risau kerana terdapat banyak cara untuk merawat rambut beruban.

1. Mewarnai rambut
Jangan cabut rambut uban kerana ia akan hanya merosakkan folikel rambut. Sebaliknya cuba mewarnanya. Jangan ketinggalan melakukan rawatan susulan supaya rambut terus lembab dan terpelihara. Walaupun mewarnakan rambut adalah salah satu alternatif bagi mereka yang beruban tapi puncanya perlu diketahui dan ditangani. Kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan. Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak. Namun apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan melanin mula berkurangan dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban.

2. Gunakan syampu dan perapi
Rawatan rambut dari akar hingga ke hujung rambut adalah penting bagi rambut yang kering atau bermasalah. Jadi jangan ketinggalan untuk bersyampu dan menggunakan perapi walaupun rambut beruban. Lindungi rambut daripada sinaran matahari. Jika lebih dari 50% rambut tidak berpigmen, ia lebih mudah rosak akibat panas matahari.

3. Gaya hidup yang sihat 
Gaya hidup sihat juga turut menyumbang dalam melambatkan tumbuhnya uban. Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang dan lakukan senaman.

4. Kaedah tradisional
Mengenai kaedah tradisional menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala. Ini merupakan satu cara untuk mengurangkan rambut kering. Bagi negara tropika yang panas, penggunaan minyak pada rambut akan melembapkan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih sihat.

Bagaimanapun tidak terdapat bukti dimana kaedah tradisional dapat menghentikan pengeluaran uban.
Sebenarnya tiada ubat bagi uban kecuali mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lakukan rawatan yang bersesuaian.



Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels