• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Keikhlasan

Satu titik itu adalah permulaan
Akhirnya menjadi bentuk yang aneka
Begitulah analoginya
Asalnya daripada tanah
Berakhir jua ke tanah
Jangan kacang lupakan kulit
Mendongak ke langit,  kaki masih berpijak di bumi
Jadilah resmi padi semakin tinggi, semakin menunduk
Tiada daya kekuatan selain Dia
Keikhlasan itu tak terlihat
Walau di malam hari,  bayangnya tak nampak
Sentiasa ada mengiringi ke jalan cahaya
Hanya hamba biasa
Mengharap cinta-Nya
Cinta ikhlas kerana-Nya


Hamba biasa:
Razznorraz




Share:

Tempat Menarik di Beijing

Teringat kembali memori di Beijing semasa delegasi pertukaran pelajar di universiti dulu. Ha, ini antara tempat-tempat menarik yang pernah saya lawati dulu. Manatau ada rezeki ke sana, bolehlah jalan-jalan ke tempat ni... 

1. Forbidden City/ Kota Larangan

Forbidden City merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing. Dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty (1368-1644). Siapa peminat filem kungfu pasti biasa menonton adegan dataran dalam bangunan istana Maharaja yang sangat besar. 


2. Tiananmen Square

Kalau Malaysia terkenal dengan Dataran Merdeka sebagai satu dataran penuh bersejarah dan simbol pentadbiran kerajaan Malaysia, China ada Tiananmen Square (sebutannya lebih kurang tian en men, bunyi ‘e’ seperti bunyi ‘e’ pada perkataan ‘empuk’).Tiananmen sangat luas  sehingga boleh menempatkan sejuta orang ketika perbarisan hari kebangsaan mereka. Kerajaan China mewajibkan semua rakyatnya melawat tempat ini sekali seumur hidup.

3. Great Wall China/ Tembok Cina

Siapa tak kenal Tembok Besar China? Ini adalah antara 7 keajaban dunia dan ikon negara China. Tembok ini terbesar dan terpanjang di dunia dan benteng pertahanan pada masa terdahulu. Jika mahu memijak kaki di atas tembok ini, anda boleh memilih untuk melawat di Badaling, Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou,Gubeikou, Jinshanling dan Simatai. Bersedia untuk banyak berjalan kaki ya. Malulah pada orang tua 70-an dan kanak-kanak China yang begitu kuat memanjat tangga-tangga di sini.

4. Summer Palace
Summer Palace merupakan istana maharaja untuk beristirehat. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. Ia dikatakan ‘the best preserved empirial garden’ di dunia.

5. Masjid Niujie
Masjid Niujie, masjid paling bersejarah dan tertua di Beijing. Seni binanya saling tak tumpah seperti bangunan istana lama Maharaja. Ia dibina pada tahun 996. Terletak di Ox Street, dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan berbeza. Ia juga menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.
Share:

10 TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH


Kota Kinabalu Sabah memiliki banyak tempat menarik yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Antara 10 tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah:

1.TANJUNG ARU BEACH
Bandaraya Kota Kinabalu sinonim dengan Pantai Tanjung Aru yang terkenal sejak dari dulu lagi. Persisiran pantai ini menjadi tumpuan utama orang ramai untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta barbeku bersama keluarga atau sahabat handai setiap hari.

Pantai Tanjung Aru sesak pada hujung minggu kerana biasanya akan terdapat aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti sukaneka dan sebagainya. Kanak-kanak juga meminati tempat ini kerana mereka berpeluang untuk mandi, bermain layang-layang, belon buih dan sebagainya. 

2. MENARA TUN MUSTAPHA
Lokasi Menara Tun Mustapha lebih kurang 5 kilometer (15 minit) perjalanan dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Menara ini merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah juga salah satu mercu tanda daripada 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi bangunan tergantung.

Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1976 dan dinamakan sempena nama Ketua Menteri Sabah yang ke-3, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini berketinggian 30 tingkat dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dan merasakan suasana restoran berputar di tingkat 18 bangunan ini. Mudah sahaja untuk mencari tempat menarik ini kerana anda boleh melihat bangunan ini dari pesisiran pantai jalan Kota Kinabalu ke Universiti Malaysia Sabah.

3. MUZIUM SABAH

Muzium Sabah antara tempat menarik yang paling utama dan berbaloi untuk dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu. Keluasannya 17 hektar dan tempat bersejarah ini menempatkan bangunan muzium, etanobotani dan sebuah kampung warisan. Terdapat pelbagai artifak dan bahan bersejarah ditempatkan di dalam dan luar bangunan untuk tatapan umum. Muzium ini dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran kemasukan sebanyak RM 2.00 dikenakan kepada orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 5 tahun.

4. JESSELTON POINT WATERFRONT
Jesselton Point Waterfront terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu dan menjadi daya tarikan utama pelancong. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini memiliki bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air. Pengunjung bebas berjalan-jalan dan bersantai sambil memesan makanan dan minuman di gerai serta menikmati suasana pemandangan tepi laut yang indah terutamanya pada waktu senja.
5. ZIP BORNEO
Siapa peminat aktiviti lasak, anda boleh mencuba aktiviti lasak di Zip Borneo yang terletak di Tamparuli, Sabah. Untuk sampai ke destinasi ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh 45 km atau sejam memandu daripada Pusat Bandar. Tempat ini menyediakan aktiviti mencabar seperti flying fox, abseiling dan high ropes challenges yang mana sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas. Aktiviti ini sangat menarik dan memberikan kepuasan terutamanya kepada peminat sukan lasak. Untuk memudahkan proses tempahan, anda perlu menghubungi pihak Zip Borneo terlebih dahulu.
6. TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
Taman Hidupan Liar Kok Kawi adalah tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Dengan kawasannya yang sangat luas, anda boleh melihat pelbagai spesies haiwan yang dilindungi seperti ular, burung, unggas, musang, pelbagai spesis rusa dan sebagainya. Taman hidupan liar ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan mengambil masa kira-kira 30 minit atau sejauh 21 km perjalanan daripada pusat bandar Kota Kinabalu.
7. MARI MARI CULTURAL VILLAGE

Mari Mari Cultural Village tempat yang unik dengan cara hidup suku etnik di Sabah iaitu, Bajau, Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus. Keadaan persekitaran tempat ini sangat unik kerana rumah-rumah yang dibina memaparkan kebudayaan masyarakat suku etnik di Sabah. Anda boleh merasai serta menghayati suasana kehidupan sebenar masyarakat etnik di sabah. Mereka akan menunjukkan bagaimana menghasilkan api menggunakan buluh, demonstrasi tatoo dan melihat cara hidup serta adat mereka. Mari Mari Cultural Village terletak di Kionsom, Inanam. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 Km atau lebih kurang 35 minit perjalanan.
8. KOKOL HAVEN RESORT
Anda inginkan tempat yang sejuk, nyaman dan jauh daripada kesibukan kota? Kokol Haven Resort pilihan yang terbaik. Tempat ini sangat terkenal kerana keindahannya yang tersendiri. Lihat sahaja gambar diatas, indah bukan? Walaupun kos untuk anda menginap di tempat ini sedikit mahal, namun pasti ianya dibayar dengan kepuasan dan keindahan tempat ini terutamanya pada waktu senja. Anda juga boleh pergi ke tempat ini dengan tujuan mengambil angin dan menikmati suasana petang tanpa perlu menginap di hotel yang disediakan. Anda juga boleh menikmati makan malam sambil menghayati keindaahan suasana matahari terbenam. Untuk sampai ketempat ini anda perlu menempuhi perjalanan sejauh kira-kira 30 km atau 50 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu.
9. AKUARIUM MUZIUM MARIN

Akuarium Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni dan sudah tentunya menjadi tarikan pengunjung setiap hari. Untuk pergi ke tempat ini, pengunjung perlu menempuh perjalanan sejauh 3 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini dibuka pada masa tertentu sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, waktu operasi ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi ialah pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Tempat ini ditutup pada hari Ahad. Para pengunjung akan mengalami suasana yang mengujakan di sini kerana mereka berpeluang melihat hidupan laut dan dihiburkan dengan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu dan sebagainya.

10. PERDANA PARK

Keluasan Perdana Park kira-kira 18 ekar. Tempat ini salah satu daya tarikan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Apa yang menarik di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama dan berwarna-warni seawal pukul 7.00 malam. Selain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk berjogging, taman permainan kanak-kanak serta persekitaran yang indah ditumbuhi oleh pokok dan rumput menghijau. Di sini, terdapat juga terdapat bangunan yang menempatkan tandas awam, kedai makan, Secret Recipe dan sebagainya. 

Share:

Mount Kinabalu

Hi guys! Today I want to share about Mount Kinabalu.
Mount Kinabalu one of the highest mountain in South-East Asia on the island of Borneo located in the state of Sabah, East Malaysia. It is protected as Kinabalu Park, a World Heritage Site. WOw amazing.. Mount Kinabalu is the highest peak in Borneo's Crocker Range and the highest mountain in Malaysia. It is consist important biological sites in the world, as 5,000 and 6,000 species of plants, 326 species of birds, and more than 100 mammalian species identified. Among this rich collection of wildlife are famous species such as the gigantic Rafflesia plants.

Beside, Low's Peak can be climbed by a person in good physical condition and there is no need for mountaineering equipment at any point on the main route. Tourist from other countries very interested to visit this place. Lets visit Sabah for more experience and enjoying moment!

Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews

Labels