Teringat kembali memori di Beijing semasa delegasi pertukaran pelajar di universiti dulu. Ha, ini antara tempat-tempat menarik yang pernah saya lawati dulu. Manatau ada rezeki ke sana, bolehlah jalan-jalan ke tempat ni...
1. Forbidden City/ Kota Larangan
Forbidden City merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing. Dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty (1368-1644). Siapa peminat filem kungfu pasti biasa menonton adegan dataran dalam bangunan istana Maharaja yang sangat besar.
2. Tiananmen Square
Kalau Malaysia terkenal dengan Dataran Merdeka sebagai satu dataran penuh bersejarah dan simbol pentadbiran kerajaan Malaysia, China ada Tiananmen Square (sebutannya lebih kurang tian en men, bunyi ‘e’ seperti bunyi ‘e’ pada perkataan ‘empuk’).Tiananmen sangat luas sehingga boleh menempatkan sejuta orang ketika perbarisan hari kebangsaan mereka. Kerajaan China mewajibkan semua rakyatnya melawat tempat ini sekali seumur hidup.
3. Great Wall China/ Tembok Cina
Siapa tak kenal Tembok Besar China? Ini adalah antara 7 keajaban dunia dan ikon negara China. Tembok ini terbesar dan terpanjang di dunia dan benteng pertahanan pada masa terdahulu. Jika mahu memijak kaki di atas tembok ini, anda boleh memilih untuk melawat di Badaling, Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou,Gubeikou, Jinshanling dan Simatai. Bersedia untuk banyak berjalan kaki ya. Malulah pada orang tua 70-an dan kanak-kanak China yang begitu kuat memanjat tangga-tangga di sini.

4. Summer Palace
Summer Palace merupakan istana maharaja untuk beristirehat. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. Ia dikatakan ‘the best preserved empirial garden’ di dunia.
5. Masjid Niujie
Masjid Niujie, masjid paling bersejarah dan tertua di Beijing. Seni binanya saling tak tumpah seperti bangunan istana lama Maharaja. Ia dibina pada tahun 996. Terletak di Ox Street, dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan berbeza. Ia juga menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.
No comments:
Post a Comment