Kutipan Tayangan Awal Munafik 2 Berjaya Atasi Rekod Hantu Kak Limah


Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan industri perfileman Melayu apabila berjaya meraih kutipan RM21.6 juta dalam hanya dalam masa empat hari tayangan.

Berita gembira ini dikongsikan pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi laman Instagramnya. 

“Allah makes the impossible possible. Its the highest opening weekend record in history. RM21.6 million in just 4 days.

Mempunyai barisan pelakon yang mantap, kemunculan Maya Karin semula ke layar perak dan juga trailer yang begitu menderbakan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menantikan tayangan rasmi Munafik 2. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan memberi petanda awal kebangkitan filem-filem Melayu di pawagam.

Selain Syamsul sebagai teraju utama, Munafik 2 turut dibintangi barisan pelakon yang terdiri daripada Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Munafik 2 mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan.
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels