PERKATAAN BARU DAN BAHARU

Banyak pertanyaan tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?


Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharumerupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.

Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan. Lihat contohnya.
  • baru makan
  • baru datang
  • baru bergerak
Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi. Perhatikan contohnya.
  • rumah baharu
  • perjanjian baharu
  • pakaian baharu
Oleh yang demikian, penggunaan mengikut konteks yang kedua dianggap lebih tepat, lebih-lebih lagi jika digunakan dalam urusan rasmi, seperti dalam penulisan karangan pelajar, laporan, minit mesyuarat, dan sebagainya. Perkataan baharu bukanlah korpus yang baru diperkenalkan kerana perkataan itu sangat aktif digunakan dalam tulisan pada tahun 1930-an hingga 1950-an dahulu lagi.
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels