Definisi
Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.
Bentuk-bentuk Kata Majmuk
1. Kata majmuk rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar rajah alat tulis biru laut
bandar raya air hujan tengah hari
jalan raya meja tulis nasi minyak
jam tangan terima kasih bom tangan
luar biasa kapal terbang merah muda
kuning langsat
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :
Perdana Menteri Ketua Menteri
Penolong Pendaftar Naib Canselor
Raja Muda Profesor Madya
Setiausaha Politik Duta Besar
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara
2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
Contohnya:
model linear hak milik
garis pusat mata pelajaran
telefon dail terus pita suara
lesung sendi darah panas
kanta tangan kertas kerja
segi tiga batu kapur
cari gali atur cara
lut sinar urus setia
3. Kata majmuk kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam anak emas
buah hati bulan madu
duit kopi manis mulut
makan angin tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan
Terdapat bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh. Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:
antarabangsa beritahu kakitangan kerjasama
setiausaha sukarela olahraga matahari
suruhanjaya jawatankuasa tandatangan
tanggungjawab warganegara pesuruhjaya
No comments:
Post a Comment