• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Kisah Ringkas Nabi Yusuf AS

Nabi Yusuf ialah putera Nabi Ayub AS, saudaranya terdiri daripada 11 orang. Sejak kecil Yusuf telah menunjukkan sikap yang terpuji, seorang anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Oleh kerana itu, ayahnya lebih menyayangi Yusuf daripada saudaranya yang lain sehingga menyebabkan mereka iri dan timbullah niat jahat di hati mereka. Saudara-saudaranya merancang untuk membuang dan membunuh Yusuf. Pada suatu hari, mereka puas memujuk ayahnya untuk membawa Yusuf bermain dan berburu. Percayalah Nabi Ayub kerana mereka berjanji akan menjaga Yusuf dan dengan senang hati Yusuf mahu mengikuti saudara-saudaranya ke hutan. Saudara-saudaranya bersepakat untuk membunuh Yusuf, akan tetapi ada yang mengusulkan supaya Yusuf dibuang saja ke dalam sumur.

Akhirnya, Yusuf dimasukkan ke dalam sumur. Allah SWT melindungi Yusuf di dalam sumur itu dan ia ditolong oleh rombongan kafilah yang sedang menimba air. Yusuf telah dijual kepada seorang menteri di kerajaan Mesir. Dalam keluarga itu, Yusuf membesar menjadi seorang pemuda yang cerdas, tampan, berbudi dan berakhlak baik. Selama tinggal bersama keluarga itu, Yusuf diperlakukan sangat baik oleh isteri menteri Mesir. Isteri menteri Mesir itu bernama Zulaikha. Zulaikha telah jatuh hati dengan keindahan Yusuf dan Yusuf berjaya menolak segala godaannya. Pada suatu hari Zulaikha melaporkan kepada suaminya dan memfitnah Yusuf telah berbuat jahat kepadanya. Akhirnya Yusuf dimasukkan ke dalam penjara beberapa tahun lamanya walaupun hakikatnya Yusuf tidak bersalah.

Pada suatu hari, Raja Mesir bermimpi yang aneh iaitu melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dan ketujuh sapi betina itu dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus. Untuk mengetahui erti mimpi itu, Raja Mesir mengumpulkan para pentakbir mimpi. Namun, para pentakbir mimpinya tidak dapat menjelaskan erti mimpi Raja Mesir tersebut. Kawannya yang telah bebas dari penjara telah mengingati Yusuf yang memiliki keistimewaan mentakbir mimpi. Yusuf yang sedang dipenjara menerangkan erti mimpi Raja tersebut dan Yusuf berkata, bahawa Mesir akan menjadi makmur selama tujuh tahun, kemudian akan mengalami musim kekeringan selama tujuh tahun pula. Yusuf menyarankan agar rakyat berjimat menyimpan bahan makanan sebagai persediaan. Dengan demikian, pada musim kemarau tiba, kerajaan Mesir tidak mengalami kebuluran.

Raja Mesir sangat berpuas hati dengan penjelasan Yusuf dan kemudian membebaskannya daripada penjara setelah mendapati Yusuf tidak bersalah tetapi difitnah. Yusuf telah diangkat menjadi pegawai di kerajaan Mesir kerana kepandaian dan kecerdasannya. Allah SWT memuliakan Yusuf menjadi Menteri dan Rasul. Mendengar Yusuf menjadi Menteri, keluarganya sangat senang dan berangkatlah Nabi Yaqub dan anak-anaknya ke Mesir. 

Nabi Yusuf menyambut keluarganya dengan senang hati dan memaafkan semua saudara-saudaranya yang pernah menganiayanya. Nabi Yusuf seorang Nabi yang memiliki kesabaran yang luar biasa. Akhirnya semua keluarganya tinggal di Mesir.

Mukjizat Nabi Yusuf:
1. Dapat mentakbirkan segala mimpi.
2. Bajunya dapat menyembuhkan mata ayahnya yang buta dengan diusapkan di wajahnya.
3. Memiliki wajah yang sangat tampan dan berakhlak yang mulia.
Share:

7 Cara Menangani Stress dalam Perspektif Islam

Setiap insan pasti pernah merasa stress. Ada banyak hal dalam kehidupan ini yang menjadi penyebab stress seperti kehilangan barang kesayangan, ditinggal pergi oleh sanak saudara, gagal dalam peperiksaan, berhutang, dibuang dari pekerjaan dan lain-lain.

Antara tanda-tanda stress ialah sakit kepala, kesulitan untuk tidur, mudah marah, sensitif, mudah tersinggung, sukar fokus dan emosi sering tidak terkawal dengan baik. Perkara terburuk akibat stress ialah ada yang memilih untuk bunuh diri kerana tidak sanggup lagi menahan beban stress yang dihadapinya walhal mati bukanlah jalan terbaik untuk selesaikan masalah, melainkan hanya akan menambah masalah itu sendiri baik pada orang yang bunuh diri dan orang-orang yang ditinggalkan di dunia.

Dalam Islam, menghadapi segala bentuk masalah selalu ada jalan keluarnyakerana kita percaya bahawa semua itu adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Islam adalah solusi dari segala permasalahan, termasuk orang yang menghadapi stress hidup. Tidak benar jika seseorang bersikap lemah akan ujian hidup yang dijalani sementara Allah SWT sendiri menganjurkan pada manusia untuk tidak menjadi lemah. Firman Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q. S. Ali ‘Imran : 139).

Masalah yang wujud bukan untuk diratapi, ditangisi, atau disesali. Untuk itu, tidak benar jika kita sebagai manusia, makhluk berakal dan paling tinggi darjatnya serta beriman kepada Allah SWT, goyah dalam menghadapi permasalahan hidup. Kita harus bijak mengatasi stress yang mendera dan berusaha untuk melaluinya dengan sabar.

Cara menghilangkan stress dalam Islam:

1. Niat yang ikhlas
Ikhlas merupakan hal paling dasar dalam setiap amal ibadah mahupun perbuatan yang kita lakukan. Ikhlas ibarat satu wadah yang menghubungkan kita terhadap jalan keselamatan menuju akhirat. Ikhlas juga menghadirkan ketenangan jiwa dalam diri kita dan menyelamatkan kita daripada azab Allah SWT.

2. Solat

Solat merupakan media untuk kita berkomunikasi kepada Allah SWT. Dengan menunaikan solat lima waktu serta mengerjakan solat sunnah yang telah dianjurkan, turut membantu menjaga ketenteraman hati sehingga mampu mengatasi segala permasalahan emosi yang kita rasakan. Dengan solat, kita dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta yang mana tiada yang lebih baik selain menghadap kepada-Nya. Solat akan membuat kita lebih tenang dan damai. Segala kerisauan, beban masalah, ketidakstabilan emosi tidak akan mengganggu kita lagi asalkan kita solat dengan khusyu’. Shalat merupakan ubat pelbagai penyakit sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q. S. Al-Baqarah : 153).

Dengan mengerjakan solat, kita juga akan sedar bahawa kita tidak pernah sendiri. Ada Allah SWT yang selalu bersama kita dan membantu setiap hamba-Nya yang kesusahan kerana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah selalu bersama kita.

3. Berzikir

Zikir bermaksud mengingat Allah, tidak hanya melalui lisan tetapi juga setiap perbuatan yang kita lakukan. Hadirkan Allah di setiap hela nafas kita dengan berzikir dan kita akan menjadi tenang. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Q. S. Ar-Ra’d).

4. Beramal Soleh

kunci untuk mendapatkan kehidupan yang damai dan tenteram ialah dengan melakukan amal perbuatan yang baik dan menjauhi semua yang telah dilarang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Orang-orang yang sentiasa beramal soleh, kehidupannya akan menjadi lebih baik di di dunia tdan akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Q. S. An-Nahl : 97).

Beramal soleh boleh juga dilakukan dengan membaca al-Quran, bersedekah, membantu sesama manusia, berpuasa, ibadah haji mahupun umrah, berinfak, dan berdakwah untuk menyiarkan islam.

5. Berprasangka Baik

Stres boleh berlaku jika selalu memiliki prasangka buruk terhadap sesuatu. Bahkan, masalah kecil punboleh jadi besar jika kita selalu memikirkan hal-hal yang buruk. Islam mengajarkan kepada kita untuk berprasangka baik agar kita merasa tenang. Berprasangka baik dengan percaya bahawa Allah SWT ialah Pengatur segala sesuatu. Kita hanya perlu berusaha, apapun hasilnya kita serahkan kepada-Nya. 

6. Taubat

Dari segi bahasa, taubat ertinya kembali. Menurut istilah, taubat ialah menjauhkan diri atau meninggalkan daripada perbuatan-perbuatan dosa dan memahami bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah buruk, sehingga timbul rasa menyesal atas apa yang telah dilakukan dan bertekad untuk tidak akan pernah melakukan atau mengulangi perbuatan itu lagi. Inti daripada bertaubat adalah mengharapkan keampunan Allah SWT. Taubat mampu menghilangkan stress yang kita hadapi kerana dengan bertaubat, kita sedar bahawa kita ialah makhluk yang lemah. Diri kita tidak pernah lepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Oleh itu, kita memerlukan keampunan daripada Allah agar mendapat kehidupan yang lebih baik lagi.

7. Menjaga Silaturrahim

Menjalinkan silaturrahim terhadap sesama manusia dengan ikhlas mengharap keredhaan Allah dapat menangani masalah stress. Tidak ada salahnya jika kita ingin berkongsi cerita terhadap sesama bagi meringankan beban fikiran dan mungkin kita dapat mencari penyelesaian dari pendapat orang lain sehingga cukup membantu kita mengatasi masalah. Asal tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari atau jika kemungkinan terkandung mudarat di dalamnya, maka lebih baik tidak usah diceritakan atau disimpan dalam benak kita saja; lebih baik disampaikan kepada Allah saja.
Share:

KATA MAJMUK


Definisi
Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.

Bentuk-bentuk Kata Majmuk
1. Kata majmuk rangkaian kata bebas. Contohnya:

gambar rajah     alat tulis          biru laut
bandar raya       air hujan          tengah hari
jalan raya          meja tulis         nasi minyak 
jam tangan        terima kasih     bom tangan
luar biasa          kapal terbang    merah muda 
kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :

Perdana Menteri        Ketua Menteri
Penolong Pendaftar   Naib Canselor
Raja Muda                 Profesor Madya
Setiausaha Politik      Duta Besar
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus. 
Contohnya:

model linear          hak milik
garis pusat             mata pelajaran
telefon dail terus   pita suara
lesung sendi          darah panas
kanta tangan          kertas kerja
segi tiga                 batu kapur
cari gali                 atur cara
lut sinar                 urus setia

3. Kata majmuk kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam             anak emas
buah hati               bulan madu
duit kopi                manis mulut
makan angin          tumbuk rusuk
pilih kasih              berat tangan

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh. Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:

antarabangsa      beritahu            kakitangan      kerjasama
setiausaha          sukarela            olahraga          matahari
suruhanjaya        jawatankuasa   tandatangan 
tanggungjawab   warganegara    pesuruhjaya
Share:

10 TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH


Kota Kinabalu Sabah memiliki banyak tempat menarik yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Antara 10 tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah:

1.TANJUNG ARU BEACH
Bandaraya Kota Kinabalu sinonim dengan Pantai Tanjung Aru yang terkenal sejak dari dulu lagi. Persisiran pantai ini menjadi tumpuan utama orang ramai untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta barbeku bersama keluarga atau sahabat handai setiap hari.

Pantai Tanjung Aru sesak pada hujung minggu kerana biasanya akan terdapat aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti sukaneka dan sebagainya. Kanak-kanak juga meminati tempat ini kerana mereka berpeluang untuk mandi, bermain layang-layang, belon buih dan sebagainya. 

2. MENARA TUN MUSTAPHA
Lokasi Menara Tun Mustapha lebih kurang 5 kilometer (15 minit) perjalanan dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Menara ini merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah juga salah satu mercu tanda daripada 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi bangunan tergantung.

Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1976 dan dinamakan sempena nama Ketua Menteri Sabah yang ke-3, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini berketinggian 30 tingkat dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dan merasakan suasana restoran berputar di tingkat 18 bangunan ini. Mudah sahaja untuk mencari tempat menarik ini kerana anda boleh melihat bangunan ini dari pesisiran pantai jalan Kota Kinabalu ke Universiti Malaysia Sabah.

3. MUZIUM SABAH

Muzium Sabah antara tempat menarik yang paling utama dan berbaloi untuk dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu. Keluasannya 17 hektar dan tempat bersejarah ini menempatkan bangunan muzium, etanobotani dan sebuah kampung warisan. Terdapat pelbagai artifak dan bahan bersejarah ditempatkan di dalam dan luar bangunan untuk tatapan umum. Muzium ini dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran kemasukan sebanyak RM 2.00 dikenakan kepada orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 5 tahun.

4. JESSELTON POINT WATERFRONT
Jesselton Point Waterfront terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu dan menjadi daya tarikan utama pelancong. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini memiliki bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air. Pengunjung bebas berjalan-jalan dan bersantai sambil memesan makanan dan minuman di gerai serta menikmati suasana pemandangan tepi laut yang indah terutamanya pada waktu senja.
5. ZIP BORNEO
Siapa peminat aktiviti lasak, anda boleh mencuba aktiviti lasak di Zip Borneo yang terletak di Tamparuli, Sabah. Untuk sampai ke destinasi ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh 45 km atau sejam memandu daripada Pusat Bandar. Tempat ini menyediakan aktiviti mencabar seperti flying fox, abseiling dan high ropes challenges yang mana sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas. Aktiviti ini sangat menarik dan memberikan kepuasan terutamanya kepada peminat sukan lasak. Untuk memudahkan proses tempahan, anda perlu menghubungi pihak Zip Borneo terlebih dahulu.
6. TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
Taman Hidupan Liar Kok Kawi adalah tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Dengan kawasannya yang sangat luas, anda boleh melihat pelbagai spesies haiwan yang dilindungi seperti ular, burung, unggas, musang, pelbagai spesis rusa dan sebagainya. Taman hidupan liar ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan mengambil masa kira-kira 30 minit atau sejauh 21 km perjalanan daripada pusat bandar Kota Kinabalu.
7. MARI MARI CULTURAL VILLAGE

Mari Mari Cultural Village tempat yang unik dengan cara hidup suku etnik di Sabah iaitu, Bajau, Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus. Keadaan persekitaran tempat ini sangat unik kerana rumah-rumah yang dibina memaparkan kebudayaan masyarakat suku etnik di Sabah. Anda boleh merasai serta menghayati suasana kehidupan sebenar masyarakat etnik di sabah. Mereka akan menunjukkan bagaimana menghasilkan api menggunakan buluh, demonstrasi tatoo dan melihat cara hidup serta adat mereka. Mari Mari Cultural Village terletak di Kionsom, Inanam. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 Km atau lebih kurang 35 minit perjalanan.
8. KOKOL HAVEN RESORT
Anda inginkan tempat yang sejuk, nyaman dan jauh daripada kesibukan kota? Kokol Haven Resort pilihan yang terbaik. Tempat ini sangat terkenal kerana keindahannya yang tersendiri. Lihat sahaja gambar diatas, indah bukan? Walaupun kos untuk anda menginap di tempat ini sedikit mahal, namun pasti ianya dibayar dengan kepuasan dan keindahan tempat ini terutamanya pada waktu senja. Anda juga boleh pergi ke tempat ini dengan tujuan mengambil angin dan menikmati suasana petang tanpa perlu menginap di hotel yang disediakan. Anda juga boleh menikmati makan malam sambil menghayati keindaahan suasana matahari terbenam. Untuk sampai ketempat ini anda perlu menempuhi perjalanan sejauh kira-kira 30 km atau 50 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu.
9. AKUARIUM MUZIUM MARIN

Akuarium Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni dan sudah tentunya menjadi tarikan pengunjung setiap hari. Untuk pergi ke tempat ini, pengunjung perlu menempuh perjalanan sejauh 3 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini dibuka pada masa tertentu sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, waktu operasi ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi ialah pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Tempat ini ditutup pada hari Ahad. Para pengunjung akan mengalami suasana yang mengujakan di sini kerana mereka berpeluang melihat hidupan laut dan dihiburkan dengan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu dan sebagainya.

10. PERDANA PARK

Keluasan Perdana Park kira-kira 18 ekar. Tempat ini salah satu daya tarikan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Apa yang menarik di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama dan berwarna-warni seawal pukul 7.00 malam. Selain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk berjogging, taman permainan kanak-kanak serta persekitaran yang indah ditumbuhi oleh pokok dan rumput menghijau. Di sini, terdapat juga terdapat bangunan yang menempatkan tandas awam, kedai makan, Secret Recipe dan sebagainya. 

Share:

Rambut beruban bukan sebahagian proses penuaan


“Dr, saya malu berjumpa dengan kawan-kawan. Umur saya baru 27 tahun, tapi kepala saya dah penuh rambut-rambut putih. Kawan-kawan selalu tegur rambut saya sampai satu masa saya rasa sangat-sangat tertekan. Saya hilang keyakinan diri depan mereka. Setiap kali terlihat uban di kepala, saya akan ke saloon untuk mewarnakan rambut saya.”

Munculnya uban di rambut adalah proses semula jadi yang terjadi disebabkan oleh faktor penuaan. Namun, jika rambut anda tiba-tiba beruban pada usia muda, ia dikenali sebagai uban pramatang dan memerlukan perhatian perubatan kerana ia menunjukkan tubuh berhenti menghasilkan sel-sel pigmen. Anabel Kingsley dari Philip Kingsley Trichological Clinic berkata, uban hanya muncul apabila penghasilan sel pigmen dihentikan kerana pigmentasi yang memberi warna kepada rambut. Maka kegagalan menghasilkannya akan meninggalkan rambut tanpa warna yakni putih atau beruban. 

Kehilangan melanin kerana kegagalan fungsi pigmentasi disebabkan pelbagai faktor. Kalau anda rasa anda masih muda tetapi sudah beruban, ia mungkin disebabkan genetik, cuba tanya ibu bapa anda jika mereka turut alami perkara sama. Selain itu, tekanan dan masalah emosional juga boleh mengganggu fungsi pigmentasi dan penghasilan melanin. Kekurangan vitamin B menyebabkan rambut akan lebih cepat beruban dari biasa. Tetapi tidak perlu risau kerana terdapat banyak cara untuk merawat rambut beruban.

1. Mewarnai rambut
Jangan cabut rambut uban kerana ia akan hanya merosakkan folikel rambut. Sebaliknya cuba mewarnanya. Jangan ketinggalan melakukan rawatan susulan supaya rambut terus lembab dan terpelihara. Walaupun mewarnakan rambut adalah salah satu alternatif bagi mereka yang beruban tapi puncanya perlu diketahui dan ditangani. Kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan. Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak. Namun apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan melanin mula berkurangan dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban.

2. Gunakan syampu dan perapi
Rawatan rambut dari akar hingga ke hujung rambut adalah penting bagi rambut yang kering atau bermasalah. Jadi jangan ketinggalan untuk bersyampu dan menggunakan perapi walaupun rambut beruban. Lindungi rambut daripada sinaran matahari. Jika lebih dari 50% rambut tidak berpigmen, ia lebih mudah rosak akibat panas matahari.

3. Gaya hidup yang sihat 
Gaya hidup sihat juga turut menyumbang dalam melambatkan tumbuhnya uban. Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang dan lakukan senaman.

4. Kaedah tradisional
Mengenai kaedah tradisional menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala. Ini merupakan satu cara untuk mengurangkan rambut kering. Bagi negara tropika yang panas, penggunaan minyak pada rambut akan melembapkan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih sihat.

Bagaimanapun tidak terdapat bukti dimana kaedah tradisional dapat menghentikan pengeluaran uban.
Sebenarnya tiada ubat bagi uban kecuali mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lakukan rawatan yang bersesuaian.



Share:

PERKATAAN BARU DAN BAHARU

Banyak pertanyaan tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?


Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharumerupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.

Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan. Lihat contohnya.
  • baru makan
  • baru datang
  • baru bergerak
Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi. Perhatikan contohnya.
  • rumah baharu
  • perjanjian baharu
  • pakaian baharu
Oleh yang demikian, penggunaan mengikut konteks yang kedua dianggap lebih tepat, lebih-lebih lagi jika digunakan dalam urusan rasmi, seperti dalam penulisan karangan pelajar, laporan, minit mesyuarat, dan sebagainya. Perkataan baharu bukanlah korpus yang baru diperkenalkan kerana perkataan itu sangat aktif digunakan dalam tulisan pada tahun 1930-an hingga 1950-an dahulu lagi.
Share:

Kutipan Tayangan Awal Munafik 2 Berjaya Atasi Rekod Hantu Kak Limah


Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan industri perfileman Melayu apabila berjaya meraih kutipan RM21.6 juta dalam hanya dalam masa empat hari tayangan.

Berita gembira ini dikongsikan pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi laman Instagramnya. 

“Allah makes the impossible possible. Its the highest opening weekend record in history. RM21.6 million in just 4 days.

Mempunyai barisan pelakon yang mantap, kemunculan Maya Karin semula ke layar perak dan juga trailer yang begitu menderbakan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menantikan tayangan rasmi Munafik 2. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan memberi petanda awal kebangkitan filem-filem Melayu di pawagam.

Selain Syamsul sebagai teraju utama, Munafik 2 turut dibintangi barisan pelakon yang terdiri daripada Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Munafik 2 mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan.
Share:

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN SPM


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN SPM UNTUK RUJUKANA DAN PERSEDIAAN ADIK-ADIK YANG  BAKAL MENGHADAPI SPM

Matematik Tambahan Kertas 1

Matematik Tambahan Kertas 2

Biologi Kertas 1


Biologi Kertas 2

Fizik Kertas 1
Fizik Kertas 2
Selamat maju jaya!


Share:

KOLEKSI SOALAN SPM


Koleksi Soalan Peperiksaan SPM



Share:

KOLEKSI SOALAN SPM BM


Koleksi soalan SPM Bahasa Melayu untuk rujukan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM.




Share:

KOLEKSI SOALAN SPM BM



Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels