• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Kesaksian

Kata-kata👄
Boleh jadi ubat
Penawar kesakitan
Bagi dia yang derita
Walaupun pahit
Tapi mengesankan

Kata-kata 👄
Boleh jadi racun
Tusukannya terus ke jantung
Bagi dia yang lengai
Walaupun serba kurang
Tapi merasa diri HEBAT

Kata-kata 👄
Boleh jadi saksi
Pilih percaya atau tidak
Bagi dia yang petah
Walaupun benar atau tidak
Tapi rahsianya saja 🤐

Tak jaga kata 👄
Seperti memakai wangian
Walaupun luarannya harum
Tapi dalamnya "sakit"
Tak akan indah di mata dunia
Apatah lagi di mata pencipta

Dia penilai terbaik 
Tahu isi tersurat tersirat 
Tiada rahsia tiada kata kunci
Milikmu jadi kesaksian
Walau sekecil-kecil zarah
Tiada yang lepas dari perhitungan 

Marilah kita memanfaatkan hidup dengan mengungkap kata-kata yang memberi kebaikan buat diri kita dan orang lain. 

🌺Raznorraz🌺




Share:

Tasbih Cinta💜

Menyusuri lautan 🌊
Bukan seenteng sangkaan
Perlukan kecekalan dan keyakinan
Umpama nakhoda tahu haluan 🧭
Jalan pulang ke pelabuhan
Indahnya perancangan
Kejutan tak terbayangkan
Pilihan dan dambaan
Menuju kedamaian

Hanya tasbih pujian 🤲
Dapat diratibkan
Atas segala kurniaan
Hikmah kebijaksanaan
Allah Ya Rahman Ya Muhaimin
Pelayaran itu perjuangan
Menempuh gelombang lautan
Belayar berpaksikan iman
Bekalan cahaya untuk hari kegelapan

Jadikan ibrah tauladan
Justifikasi intrepretasikan
Setiap detik perjalanan
Bukan diimpi kesempurnaan
Bersama mengabdi kecintaan
Tasbih hamba kepada Tuhan
Simpul erat jalinkan
Terpaut kenikmatan
Menyatu dalam kerinduan

By: 
🌺Raznorraz🌺










Share:

Sedar Diri

Dari zaman dahulu hingga kini
Mengalami jatuh bangunnya
Dulu viralnya hanya "hardcopy" 🗞
Sekarang ada "softcopy", ada "hardcopy" 😂
"Masalah" itu tanda "ingatan"
Solusinya pasti ada
Nak jalan singkat atau jalan jauh?
Fikir-fikirkan! 🤔
Ramai yang terjebak memilih jalan singkat
Berakhir dengan mati kojol
Na'uzubillah 😥

Seorang ustazah yang saya minati berpesan:
Nak dipermudahkan
Dekatkan diri kepada Khaliq
Amalkan zikir harian ni:

🌺Istighfar 100x
🌺Lailahaillallah 100x
🌺Selawat ke atas Nabi 100x
🌺Al-Fatihah 7x
🌺Ayatul Kursi 7x
🌺Tiga Qul : Al-Ikhlas 7x, Al-Falaq 7x, Annas 7x

Jom kita amalkan setiap hari! 
Semoga urusan kehidupan kita dipermudahkan dan diampuni dosa-dosa kita. Aamiiin 🤲

Kita hanya hamba pendosa
Setiap hari pohonlah keampunan
Tulus ikhlas setia qanaah
Mengenang dosa-dosa
Membersihkan hati
Dari titik hitam

Hebatnya Dia
Mencipta kita sebaik-baik kejadian
Hebatnya Dia
Mengurniakan kita akal fikiran
Hebatnya Dia 
Mencipta jasad dan roh
Walaupun roh tak nampak
Roh pasti meninggalkan jasad
Apabila tiba masanya
Ketika itu jasad tidak bernyawa lagi! 
Kita Hebat sebab Dia
Masih bermimpi? 😱

Kita asalnya dari tanah
Kembalinya juga ke tanah
Tiada daya dan kuasa
Semua kepunyaannya
Apa yang kita ada?
Tiada hidup tanpanya
Seperi nafas tanpa udara

Masih ada peluang
Kembali kepada fitrah
Sedarlah dari kesalahan
Noda itu disucikan
Sentiasa berbuat baik
Menjadi baik
In shaa Allah baik-baik saja 😍
Jom mengejar cinta! 

~•Raznorraz•~












Share:

Kerinduan Tiada Batasnya

Apabila menyebut tentang rindu kita kepada Rasulullah ﷺ. Ketahuilah bahawa Rasulullah ﷺ lebih merindui kita. ☹️

Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ? 
Kerapkah kita mengingati dan menangis terkenangkan Baginda? 
Berapa kali mulut kita menyebut dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ ketika kita mendengarkan nama Rasulullah ﷺ disebutkan? 
Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda Rasulullah ﷺ yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?"

Cinta luar biasa Rasulullah ﷺ kepada umatnya hingga berasa rindu untuk bertemu dan membela kita, menjadi asas penting untuk setiap mukmin membuktikan keimanan serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

Walaupun kita tidak pernah berjumpa dan melihatnya, Baginda sudah mengungkapkan kerinduan dan kecintaan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a:

Rasulullah ﷺ bersama para sahabat pergi ke kawasan perkuburan Baqi’. Para sahabat melihat Rasulullah ﷺ mengalirkan air mata dan bersabda: "Aku rindu kepada saudara-saudaraku." 

Para sahabat bertanya:
“Apakah kami ini bukan saudaramu wahai Rasulullah?”

Rasulullah ﷺ menjawab:
“Kamu semua ialah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah (orang mukmin) yang belum muncul (yang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah ﷺ).”

(HR Malik, Muslim, Ibn Majah dan Nasa’ie)

Cinta Allah💜
Cinta Nabi💜
Tanda kecintaan, banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda. 💜
Moga kita mendapat syafaatnya💜

🌺Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad🌺


Share:

Musafir Cinta

Perjalanan sang musafir
Jauh dan meletihkan
Bayangkan 🤔
Di padang pasir yang luas
Berjalan mencari arah
Lelah sungguh lelah!
Di manakah tujuan?

Ketika tak berdaya
Sang musafir 
Berteduh sebentar di pepohonan
Kemudian sambung perjalanan
Terus menerus dalam safar
Mencari haluan sebenar

Mampukah sang musafir 
mencari jalannya?
Kuatkah dia menahan segala ujian?
Bagaimana pengakhirannya?
Tersesat atau temui jalan pulang?
Fikir-fikirkan! 

Hakikatnya
Dunia ini terasa asing
Walaupun dalam keramaian
Tetap bersendirian 
Jasmani kita sama
Rohaninya siapa yang tahu?
Segala rahsia yang tersimpan
Hanya dia mengetahui

Sang musafir 
Misinya mencari cinta
Ada cinta dengan indahnya dunia
Pengakhirnya penuh penyesalan
Ada cinta dengan indahnya ujian
Pengakhirnya penuh kebahagiaan
Semua pasti diuji
Pilihan di tangan masing-masing

Jangan leka dan bangga
atas kelebihan yang ada
Semuanya pinjaman
Suatu saat bila tiba masa
pasti akan dikembalikan
Manfaatkanlah pinjaman itu
sebagai ladang amal

Carilah cinta empunya cinta
Kerana semua adalah milik-Nya
Rahmat Allah itu dekat 
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya
Audit diri, doa yang baik-baik
Moga semua berakhir dengan baik (Aamiiin)

By: 🌺Raznorraz🌺












Share:

Variasi HATI

Lihatlah dunia
Dengan hatimu!
Variasi hati ❤💙💚💛🧡💜🖤
Kita versi yang mana?
Alamak warna putih tak adalah 😅
Ada sini ya 💟
Boleh pilih nilai sendiri
Semua dari kita
Kita yang menjalani

Lihatlah sosialisasi hidup...

Bayi kecil 👶
Seperti kain putih 
Ummi, bersih jiwanya
Menangis apabila lapar
Tidur apabila kenyang
Ayah bonda bersengkang mata
Menjaga penuh cinta
Simbolik kasih sayang
Pengerat jalinan

Kanak-kanak 👦👧
Kerjanya bermain saja
Dunianya indah sekali 🌟🎉🎈
Bersama teman-teman 
Main getah, main guli 
Polis pencuri, lompat-lompat
Masak-masak alahai 🤩
Seronok ya
Sampai ke senja tak sudah

Remaja 🧑👩
warna warni hidupnya
Kuning purple pink biru hijau🌈
Mempesona di mata
Senyum sampai ke telinga
Perasaan minat-meminati itu biasa
Crushlah katakan 
Nak luah takut, masih belajar
Eh muda lagi! 😱
Belajar belajar🤗
Ke sekolah mencari ilmu
Sedar diri ya adik-adik
Fikirkan ibu bapa yang bersusah
payah
Mencari rezeki untukmu
Hargai mereka 💜
Hadiahkan dengan kejayaan

Dewasa 👨‍💼👩‍💼
Belajar lagi
Setinggi Menara Eiffel🗼pun boleh
Fokus nak dapat segulung ijazah 👨‍🎓
Berjaya bekerjaya
Yang dah kerja rezeki alhamdulillah 
Asal tak lupa diri
Rendahkan hati, kayakan budi
Kahwin pula
Dunianya dah berubah
Serabut fikir itu ini
Masalah datang dan pergi
Solusinya cari sendiri
Bertabahlah ya! 😅

Tua 👴👵
Dah makan asam garam gula peria lada😅
Semuanya seperti rakaman
Imbas masa lalu
Masa kini dan akhirnya tak tahu lagi😰
Hidup dengan kesedaran
Tentang perjalanan singkat ni
Kadang lupa
Eh siapa nama?  siapa kamu? 
MasyaAllah gitulah senarionya
Terbaring, terduduk, tak terurus
Dalam hati bukan lagi dunia
Permata hati yang baik 💎
Berbakti untuk mereka

Deduksinya...

Hidup tak selamanya (dunia)
Siapa kita? Apa tujuan kita?
Fikirkan renungkan
Baik buruk khilaf tu memang ada
Tapi masih ada peluang
Untuk perbetulkan
Bersihkan hati, diri, roh, jasad
Dari hitam ke putih (in shaa Allah)
Cintai yang berhak
Satu-satunya tiada duanya
Ingat Dia,  baik-baik saja
All is well katakan 😍
In shaa Allah  💟

By:
•~Raznorraz~•











Share:

Nak jadi HEBAT!

Apa khabar iman kita?
Setiap hari pasti ada pasang surutnya
Nak dapat 100%  🤔
MasyaAllah payah tu! 😨
50%/60%/70%? Oklah lulus!  🤣
Macam exam pula 😱
Masing-masing dengan agenda tersendiri
Semua orang nak berjayakan?
Berjaya itu nikmat
Impak usaha gigih

Nak tuai hasil harus rajin
Rajin menanam,  menyemai, menyiram hingga tumbuh subur 🌱
Setiap hasil itu jangan lupa dikongsi
Pasti lebih nikmat dan barokah
Jangan egoisme,  hedonisme,  kikirisme (buat sendiri) 🤑

Rezeki Allah luas,  seluas semesta
Tak terkata!
Semua milik-Nya
bukan milik saya,  anda,  dia,  kita,  mereka
Masih ramai yang hidung tinggi
Mendongak ke langit, lupa kaki masih berpijak di tanah
Lupa bahawa pngakhirannya sama

Tekad niat
Nak jadi orang hebat
Bukan hebat dunia semata
Tapi hebat imannya in shaa Allah
Aamiiin (untuk semua)

Sedekah,  ilmu,  doa anak soleh
Pahala mengalir tak putus
Jom cuba yang terbaik
Moga kita terpilih dalam golongan kanan
Doa yang baik-baik
Jadi pencinta sejati 💖

By:
•raznorraz•













Share:

Diam Tanpa Bicara

Diam tanpa bicara 🤫
Melihat tingkah manusia
Setiap hari ada cerita
Seperti novel cinta
Ada kisah uniknya
Godaan syaitan itu sentiasa ada 👻👻👻
Menghasut manusia
mengerjakan perkara sia-sia
Tak endah dosa pahala
Nak lepas badai melanda🌪
Bukan semudah melepaskan batuk di tangga 
Gunung yang indah di kejauhan mata🌄
Perlu kekuatan untuk sampai ke puncaknya
Begitulah analoginya 
Kita harus cermat membawa jentera 
Di jalan berliku bahaya 
Kita hanya hamba pendosa
Dalam baik ada sisi hitamnya 🖤
Dalam hitam ada sisi putihnya 💟
Dalam putih terpancar sinarnya 💖
Jangan lupa status kita 
Bukan status media sosial ya!  🙈
Ingat sentiasa waspada
Jangan terpesona
Keindahan sementara
Jaga hati jaga cinta
Cinta terbaik lillahi ta'ala
Doakan yang terbaik sesama hamba
Semoga bertemu di syurga
Nikmat untuk pencinta yang setia

🌺•~raznorraz~•🌺









Share:

Kita Sama

Manusia meninggal dunia menuju jalan yang sama iaitu KUBUR.

Dikafankan dengan kain putih, dimandikan oleh orang lain dan ditalkinkan atas taraf yang sama.

Tak ada kelebihan bagi yang kaya atau berpangkat dan tak ada kekurangan bagi yang miskin atau orang biasa.

Semua yang meninggal akan hilang semua benda atau harta dunia kecuali amal ibadah, manfaat ilmu yang dikongsikan ketika hidup dan pahala sedekah jariah.

Itulah manusia itu sememangnya SAMA.

Yang kurang bernasib baik atau rendah pangkatnya janganlah terasa kerdil.
Yang tinggi pangkatnya atau kaya harta benda janganlah meninggi diri (sombong).

Masing-masing saling memerlukan.

Muhasabahlah diri sebelum kita dipanggil pulang kepada-Nya.

Wallahu A'lam.
Share:

Tetamu

Ketuk ketuk pintu 👋
Jangan sambalewa
Ikut adabnya
Beri salam kehormatan
Kepada si empunya rumah
Kalau tidak berjawab
Lain kali datang ziarah lagi
Kalau berjawab
Semoga Allah  merahmati
Diundang atau tidak
Bukan kekangan
Jangan bacul,  harus mencuba
Andai tujuanmu ikhlas kerana Allah
Pasti dipermudah
Hati-hati tertipu! 😱
Nampak cantik tapi aslinya jekyll n hide
Cantik berakhlak alhamdulillah
Cantik tiada adab na'uzubillah
Sederhana tapi beriman susah nak cari 🧐
Biar tak cantik di mata manusia
Yang penting cantik di pandangan Tuhan
Cantik itu sementara
Kita hanya tetamu
Tiba saatnya roh akan meninggalkan jasad
Ditimbang pahala dosa di al-mizan
Berbahagialah bagi yang taat
Berdukalah yang lalai
Tiada lagi kesempatan
Yang ada hanya penyesalan
Muhasabah diri sebelum terlambat
Kita hanya tamu menumpang
Carilah cinta abadi
In shaa Allah bahagia di jannati! ^_~v

By:
🌺~•raznorraz•~🌺





Share:

Nak bahagia

Jika kau pandang cermin
Cermin itu memantulkan refleksinya 👻
Fiziknya sama kan?
Dalamnya bagaimana? 🤔

Bahagia luaran itu indah nian
Bahagia dalaman tersimpan kecintaan💜
Bahagia luar dalam tanda manisnya iman
Muhasabah diri mengejar ketenangan

Perasaan sayang sukar diukur
Sebesar-besar rasa sayangmu
Tidak dapat digambarkan emosinya
Hanya Dia yang mengetahui

Hati manusia adakalanya goyah
Terleka mengejar dunia sesaat
Seperti burung  terbang dipipiskan lada🕊
Akhirnya kecewa sia-sia

Bersabarlah siapa yang diuji
Rasa pahit itu adalah ubat
Manisnya nanti kau rasa
Pasti tiba saatnya!

Nak cari kebahagiaan
Dia jangan dilupakan
Curahkan rasa kecintaan
Kepada Dia yang ar-Rahman

•~raznorraz~•




Share:

Biasa

Frasa 'biasa' itu
Ghalib,  lazim sinonim juga
Maksudnya fahami
Manusia itu sifatnya biasa
Ramai yang masih tersasar
Ingin memetik bintang di langit
Walhal tangan tak sampai
Nampak indah di mata
Bercahaya emas,  kerdipnya memukau
Realitinya sama ciptaan yang agung
Berputar mengikut aturan
Sangkaanmu biarlah biasa
Memang tak mustahil dapat menggapainya
Semua itu tanda kebesaran
Yang patut kita takjubkan
Cinta itu biarlah  menyatu
Sehingga terasa getarannya
Masih bernama HAMBA
HAMBA BIASA mencari sinar cahaya

🌺•~Raznorraz~•🌺
Share:

Katamu atau Kataku?

Orang kata tak kenal maka tak cinta
Dah kenal bagaimana pula?
Orang kata dari mata turun ke sukma 💜
Benarkah?
Orang kata cinta itu buta
Semuanya indahkh?
Itu orang kata
Bagaimana pula dengan diri kita?🤔
Pandangan siapa yang betul? 🤔
Pandangan sarwa atau kendiri?

Ikhlas itu sukar dinilai
Seperti semut hitam di bebatuan pada waktu malam
Yakinlah!
Rasa cinta itu anugerah
Wujud kita dengan tujuan yang sama
Penamat kita juga sama
Penilainya bukan manusia

Cuba tanya pada diri kita
Sebab apa kita sayang kepada seseorang itu?
Persoalan ni memang perlu difikirkan
Jangan sambalewa
Ingat pemilik cinta yang sentiasa ada
Sekuat-kuat iman ialah cinta kerana Allah

Jaga diri,  jaga amal,  jaga iman
Sebaik2 perhiasan seorang insan
Yang menumpang di persinggahan

🌺~•Raznorraz•~🌺

Share:

Satukan Rasa

Indahnya aturan-Nya
Suatu ketika terdetik
Siapakah itu? 🧐
Hamba Allah berjiwa hamba?
Walaupun berbeza
Rasa itu sama
Rasa itu menyatu
Mahligai indah qolbi💜
Jangan pernah ragu
Setia itu pasti
Kekalkan kecintaan
Terus melangkah ke hadapan
Alhamdulillah Allahu Akbar
Manisnya 
Perancangan Allah paling terbaik
Jaga cinta,  jaga iman
in shaa Allah kekal di keabadian🌺🌺🌺
•~Raznorrraz~•



  


  
Share:

Pilihan

Antara pilihan A, B,  C dan D
Manakah jawapan yang tepat?
Ikut gerak hati nak pilih yang mana?
Teliti dulu jawapan setiap pilihan

A okay, tapi kurang tepat
B okay, tapi hampir tepat
C Salah
D Inilah jawapan yang tepat

Semua berhak memilih yang terbaik👍
Setiap pilihan itulah jalan hidupmu🤗
Teliti, fikir baik-baik, dengan hemat🤔
Salah pilih menyesal tak sudah 😭

Doa yang baik-baik
In shaa Allah dia akan beri yang terbaik
Apapun pilihanmu, jangan lupakan
Dia yang sentiasa ada 🌸🌸🌸

Maha Cinta
Maha Mengasihi
Di segenap penjuru
Ruang hati

🌸By Raznorraz🌸




Share:

Malam Kemuliaan

Ramadhan Kareem.
Apa khabar iman kita? Bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan ni, adakah dimanfaatkan?
Esok bermulanya 10 malam terakhir, jadi apalagi burulah selagi ada kudrat.
Selamat beriktikaf kepada insan-insan yang akan beriktikaf.
Malam tu malam yang berhak dicari.
Kalau iktikaf nanti, janganlah pula menghabiskan masa berbual kosong atau membalas mesej dan komen-komen di media sosial ya. 😅

Hidupkan malam 10 terakhir dengan amal ibadah~💓
Ahli dunia atau ahli akhirat?
Nilai diri sendiri, bukan orang lain~~~

Share:

Parasit Seni

Kita harus sedar
Sudah tiba masanya introspeksi diri
Parasit seni menggoncang dunia
Musibah melanda tanda kerdilnya kita
Ibrahnya terungkap   
Yang Arif Bijaksana
Terbuka mata hatinya
Yang stereotaip pula
Tak nak mengalah
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar
Masih menegakkan sumpit tak berisi
Manusia semakin buas
Egoisme menguasai
Tegurannya seharusnya menginsafkan
Dialah yang Haq, di tangannya segala kerajaan
Muhasabah diri, dunia bukan selamanya
Amalanmu teman abadi~~~
Salam cinta untuknya ❤️

~Raznorraz~




Share:

Kita ialah kita

Kata-kata ni saya sentiasa ingat
Jangan fikirkan pandangan manusia
Pandangan Allah yang utama
Kita sesama manusia sama saja
Iman amal membezakannya
Tiada daya, tiada kuasa
Semua biiznillah
Tiada yang sempurna
Punyai kekurangan kelebihan
Realiti hidup bukan selamanya
Suatu masa kita akan meninggalkannya
Bila-bila masa, itu rahsianya
Kita doa agar dibukakan mata hati
Beringat sebelum terlambat
Nuranimu tiada yang tahu
Sakit lukamu pun tiada yang tahu
Kadang tidak dapat diluahkan
Mata kasar manusia takkan nampak
Itu sudah jelas nyata
Kita hanya insan biasa
Banyak mahunya
Jangan sampai kita lupa
Berpijaklah pada dunia nyata
Kita sama perahu sama tujuan 
Jangan sampai terjatuh 
Adakah insan yang memberi pertolongan
Dari lemas di lautan? 
Saya percaya, masih ramai insan mulia itu
Doaku semoga bertemunya
Sentiasa ada satu rasa yang sama


Tidak sempurna, maafkan, halalkan, doakan yang baik-baik, ikhlaskan, dari nurani insan biasa~~~
😭😭😭

Me, Raznorraz ❤️









Share:

Manusia dengan takdirnya

Sudah terlukis
Gambar kehidupan
Titik awal ke akhir
Tak terjangkau dek fikrah

Sosialisasi tunjang diri
Ibrahnya manfaatmu
Hidup pasti diuji
Ada pro kontranya

Kita punya pilihan
Menentukan arah tujuan
Seperti jalan panjang
Belok kiri, kanan atau ke depan

Yakin dengan janji pemilik
Jaga iman sebaik perhiasan
Kekalkan jiwa hamba
Higga ke penghujungnya

Moga tiada lagi kekusutan
Jadilah khalifah sejati
Bertemu di jannati
Rumah kekal abadi

By: Raznorraz



Share:

Setia

Apakah ertinya setia?
Impian sang pencinta
Kekal ke hujung nyawa
Bersama selamanya

Janji manis sampai ke bulan
Hanya rekaan khayalan
Terlerai ikatan
Kerana penipuan

Dengan kesedaran
Akur atas keadaan
Perasaan tersimpan
Terkubur mati perlahan-lahan

Tiada lagi kemaafan
Tiada lagi pesanan
Tiada lagi alasan
Selamanya ditinggalkan

Teruskan perjalanan
Atas kecintaan keredhaan
Takkan ada kekesalan
Mara melangkah ke hadapan

Kuatkan iman
Dia sebaik-baik peneman
Ingat tujuan
Musafir di persinggahan

Nukilan by: Raznorraz


*Terima kasih! Syukuran lillah!
Semoga semua bertemu cinta sejati, cinta lillahi.. Doa yang baik2 untuk semua..






Share:

Indah yang Sementara

Salam kasih sayang, salam kerana cinta-Nya.. :)

Malam ni saya susah nak terlelap... Oleh itu, di sinilah tempat saya menulis untuk berkongsi rasa.. Sebetulnya, saya memikirkan kehidupan... Selepas berfikir masak2, saya redha... Ini yang terbaik Allah sudah berikan... Allah sebaik-baik perancang, saya yakin jalan hidup ini sudah cantik dilukis... 


Dunia memang penuh tipu daya yang menyesatkan.. Pandangan mata itu menipu, pandangan hati itu yang hakiki (hati yang bersih)... Lisan boleh menipu, suatu masa nanti semua rahsia terbongkar jua. Ikhlas itu susah dinilai, kita serahkan semuanya kepada Maha Kuasa. 

Jangan tertipu dengan cinta dunia!
Percayalah tiada rahsia antara kita dengan Maha Cinta... Kita minta yang terbaik, bukan kepada manusia, minta kepada Dia. Doa yang baik-baik.. Yakinlah, apapun yang terjadi jangan goyah! 

Manusia sentiasa khilaf, lalai, penuh nafsu dunia... Siapa yang sedar akan tujuan, tidak akan terlena.. Mari kita bersihkan jiwa, in shaa Allah ketenangan yang dirasa.. Saya harap kita sama2 menikmati ketenangan itu sampai bila2... 

Terima kasih! Syukran lillah!
Mengajariku banyak perkara
Setiap aral itu memang sakit 
Menguji fizik rohanimu
Satu pintaku
Semoga bertemu cinta abadi
Selama-lamanya hanya miliknya

Selamat tinggal masa lalu
Selamat datang dunia baru
Sekian,
Hanya pendatang singgah menumpang 

By: raznorraz








Share:

Sakit Itu Cinta


Sakit itu
Aku dan kamu rasa
Hadapilah dengan kesabaran
Yakinlah ada penawarnya

Sakit itu
Mengingatkan diri kita
Bila-bila saja menimpa
Takkan dapat dihindari

Sakit itu
Jika memang sudah masanya
Jangan keluh-kesah
Mungkin saja penghapus dosa

Sakit itu
Syukurilah
Tanda cinta tanda ingatan 
Dari Yang Maha Cinta

Alhamdulillah
Sakit itu Cinta ;)

By: Raznorraz



Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels