Apabila menyebut tentang rindu kita kepada Rasulullah ﷺ. Ketahuilah bahawa Rasulullah ﷺ lebih merindui kita. ☹️
Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ?
Kerapkah kita mengingati dan menangis terkenangkan Baginda?
Berapa kali mulut kita menyebut dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ ketika kita mendengarkan nama Rasulullah ﷺ disebutkan?
Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda Rasulullah ﷺ yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?"
Cinta luar biasa Rasulullah ﷺ kepada umatnya hingga berasa rindu untuk bertemu dan membela kita, menjadi asas penting untuk setiap mukmin membuktikan keimanan serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
Walaupun kita tidak pernah berjumpa dan melihatnya, Baginda sudah mengungkapkan kerinduan dan kecintaan itu.
Daripada Abu Hurairah r.a:
Rasulullah ﷺ bersama para sahabat pergi ke kawasan perkuburan Baqi’. Para sahabat melihat Rasulullah ﷺ mengalirkan air mata dan bersabda: "Aku rindu kepada saudara-saudaraku."
Para sahabat bertanya:
“Apakah kami ini bukan saudaramu wahai Rasulullah?”
Rasulullah ﷺ menjawab:
“Kamu semua ialah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah (orang mukmin) yang belum muncul (yang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah ﷺ).”
(HR Malik, Muslim, Ibn Majah dan Nasa’ie)
Cinta Allah💜
Cinta Nabi💜
Tanda kecintaan, banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda. 💜
Moga kita mendapat syafaatnya💜
🌺Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad🌺
No comments:
Post a Comment