Katamu atau Kataku?

Orang kata tak kenal maka tak cinta
Dah kenal bagaimana pula?
Orang kata dari mata turun ke sukma 💜
Benarkah?
Orang kata cinta itu buta
Semuanya indahkh?
Itu orang kata
Bagaimana pula dengan diri kita?🤔
Pandangan siapa yang betul? 🤔
Pandangan sarwa atau kendiri?

Ikhlas itu sukar dinilai
Seperti semut hitam di bebatuan pada waktu malam
Yakinlah!
Rasa cinta itu anugerah
Wujud kita dengan tujuan yang sama
Penamat kita juga sama
Penilainya bukan manusia

Cuba tanya pada diri kita
Sebab apa kita sayang kepada seseorang itu?
Persoalan ni memang perlu difikirkan
Jangan sambalewa
Ingat pemilik cinta yang sentiasa ada
Sekuat-kuat iman ialah cinta kerana Allah

Jaga diri,  jaga amal,  jaga iman
Sebaik2 perhiasan seorang insan
Yang menumpang di persinggahan

🌺~•Raznorraz•~🌺

Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels