Setia

Apakah ertinya setia?
Impian sang pencinta
Kekal ke hujung nyawa
Bersama selamanya

Janji manis sampai ke bulan
Hanya rekaan khayalan
Terlerai ikatan
Kerana penipuan

Dengan kesedaran
Akur atas keadaan
Perasaan tersimpan
Terkubur mati perlahan-lahan

Tiada lagi kemaafan
Tiada lagi pesanan
Tiada lagi alasan
Selamanya ditinggalkan

Teruskan perjalanan
Atas kecintaan keredhaan
Takkan ada kekesalan
Mara melangkah ke hadapan

Kuatkan iman
Dia sebaik-baik peneman
Ingat tujuan
Musafir di persinggahan

Nukilan by: Raznorraz


*Terima kasih! Syukuran lillah!
Semoga semua bertemu cinta sejati, cinta lillahi.. Doa yang baik2 untuk semua..






Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels