Salam dan hi all! Masih mood Syawal lagi kan? ☺ Jangan lupa bermaaf-maafan sesama kita. Apa jua kekhilafan seseorang itu, jangan disimpan dalam hati, maafkanlah dengan hati yang tulus. Pencipta kita yang Maha Pengampun juga menerima taubat hamba-Nya, apalagi kita hamba yang dhoif ni.. Buang sifat ego dan sombong dalam diri kerana kita pasti punya kekurangan diri.
Bersikaplah positif untuk mencapai ketenangan dan cekal menjalani hidup. Ragam manusia yang macam-macam ni, sabar dan maafkanlah, kerana memaafkan itu sifat yang mulia dan disukai Allah SWT. Namun, jangan pula kau menyakiti/menzalimi orang lain kerana orang yang dizalimi itu makbul doanya. Jangan main-main tau, doa mereka tiada hijab dan diperkenankan Allah.
Oleh itu, berpijaklah kepada kenyataan, sedar siapa diri kita, Dunia ini hanya pinjaman, tak akan kau diami selamanya. Harta, pangkat, wanita semua itu perhiasan dunia yang melemahkan. So intinya di sini, hanya iman yang membuat kita bahagia. Cinta yang didasari dengan iman, in shaa Allah menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Kalau kita hanya melihat kepada rupa paras, gaya dan kelebihan seseorang, itu semua bersifat keduniaan. Carilah cinta kerana cinta Tuhan, kau tidak akan kecewa.
Selepas cuti raya, masuk kerja semula. Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima kasih mak dan bapa yang melahirkan, mendidik dan menjaga kami sehingga sekarang. Kasih sayangmu tidak terhingga.
p/s: kalau dapat seseorang yang dapat membawamu ke jalan yang mendekatkan dirimu kepada-Nya, sahabat yang baik, jangan lepaskan! susah nak dapat orang begini. Bak lagu 'Carilah Aku di Neraka' nyanyian Ustaz Fadzli FarEast dan Maliq Suhaimi. Sahabat ini, akan membantu kita ke syurga. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment