Raya oh Raya


Alhamdulillah, saya terbangun dari tidur yang tak berapa nak panjang. ☺
Cuti-cuti nak dekat raya ni, banyak kerja nak buat. Yang penting, tahun ni, my siblings (perempuan jak) membuat biskut raya dengan jayanya (mendapat  pujian daripada mak). Inilah masa kami berkumpul kerana masing-masing ada komiten kerja dan keluarga. 

Terima kasih kepada insan yang sudi membawa kami balik kampung bersama-sama. Adik-adikku yang semakin matang dewasa, suka tengok ragam kamu! Apapun ujian mendatang, kuatkan semangat ya. Raya tahun ni bukan setakat makan kuih raya jak, jangan lupa maksud sebenar 'raya' :

Hari Raya Aidilfitri pertama kali dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan (319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy). Hebatkan? Semua ni kerana kekuatan iman para muslimin. Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam bukan sahaja sebagai ganjaran kemenangan dalam bentuk kesabaran fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan secara spiritual. Seharusnya, kita umat Islam menyambut raya dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi hari raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri. Menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan muallaf pada hari tersebut juga amatlah dituntut.

Nah, jangan lupa banyakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih nanti. Bukan mo bersuka ria jak, tapi lupa kepada pemberi nikmat. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! Taqobbalallahu minna waminkum. ❤
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels