• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Ujian Itu Menguatkan


Salam & hi all!

Ke mana jua kau pergi, jadilah sebutir berlian, in shaa Allah kau akan bercahaya. Mampu dilihat oleh semua. Yakinlah dengan ketentuan-Nya. Perjalanan hidup yang penuh ranjau itu lumrah. Kau harus jalani tanpa ada rasa putus asa, pasti ada hikmah di sebaliknya. Percayalah, Allah tidak akan membebani hamba-Nya selain mengikut kemampuan kita. ❤

Bersyukurlah jika kau diuji, kerana ujian itu tanda cinta-Nya kepada kita. Usah dihirau pandangan manusia, yang penting niatmu betul dan ikhlas. Manusia tak pernah puas mencari kelemahan dan kekurangan, tiada yang sempurna. Masing-masing punya kekurangan, kerana kita hanya hamba yang tiada daya kuasa. Semua yang dimiliki kepunyaan-Nya, nafas, rasa, penglihatan dll. Siapalah kita, hanya mampu menjalani hidup dengan kesedaran. 

Semua ada peluang untuk berubah, berubah ke arah kebaikan bukan sebaliknya ya. ^_^ Cerminlah diri kita sendiri, bukan orang lain. Bersihkan diri, hiasinya dengan akhlak dan sahsiah terpuji. Dekatkan diri kepada-Nya, berkawan dengan sahabat yang membawamu ke jalan yang benar.  

*Saya juga tidak sempurna, maafkan saya jika ada khilaf.            





Share:

Sabarlah

Walaupun didepani dengan pelbagai masalah, kuatkan semangat. Setiap manusia miliki kelemahan dan kekurangan, tiada yang sempurna. Jangan kerana satu kejahatan, dilupakan segala kebaikannya. Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun bagi hamba-hamba yang bertaubat. Suatu masa nanti, tidak mustahil orang yang kau pandang rendah itu mulia di sisi-Nya. =(

Hanya mampu doa yang terbaik! Semoga dibukakan pintu rahmat. Jangan bersedih wahai hamba Allah. Masih ada ruang dan kesempatan untukmu berubah dan melangkah ke hadapan. Sifatnya manusia itu mudah lupa, apabila diberi ujian barulah berpijak pada bumi yang nyata. Tuluskan hatimu, dekatkan diri kepada Pencipta, in shaa Allah akan ditunjukkan jalan. 

Wahai hamba Allah!
Kasih sayang itu tiada galang gantinya. Berkasih sayanglah kerana Allah, itu akan membuatmu bahagia tanpa sengketa. Semua yang berlaku ujian buatmu, supaya kau tidak lupa pada Yang Esa yang sentiasa menguji tanda cinta-Nya. 

By: Raznorraz   


Share:

Sucikan Hati

Salam dan hi all! Masih mood Syawal lagi kan? ☺ Jangan lupa bermaaf-maafan sesama kita. Apa jua kekhilafan seseorang itu, jangan disimpan dalam hati, maafkanlah dengan hati yang tulus. Pencipta kita yang Maha Pengampun juga menerima taubat hamba-Nya, apalagi kita hamba yang dhoif ni.. Buang sifat ego dan sombong dalam diri kerana kita pasti punya kekurangan diri.

Bersikaplah positif untuk mencapai ketenangan dan cekal menjalani hidup. Ragam manusia yang macam-macam ni, sabar dan maafkanlah, kerana  memaafkan itu sifat yang mulia dan disukai Allah SWT. Namun, jangan pula kau menyakiti/menzalimi orang lain kerana orang yang dizalimi itu makbul doanya. Jangan main-main tau, doa mereka tiada hijab dan diperkenankan Allah.   

Oleh itu, berpijaklah kepada kenyataan, sedar siapa diri kita, Dunia ini hanya pinjaman, tak akan kau diami selamanya. Harta, pangkat, wanita semua itu perhiasan dunia yang melemahkan. So intinya di sini, hanya iman yang membuat kita bahagia. Cinta yang didasari dengan iman, in shaa Allah menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Kalau kita hanya melihat kepada rupa paras, gaya dan kelebihan seseorang, itu semua bersifat keduniaan. Carilah cinta kerana cinta Tuhan, kau tidak akan kecewa.    

Selepas cuti raya, masuk kerja semula. Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima kasih mak dan bapa yang melahirkan, mendidik dan menjaga kami sehingga sekarang. Kasih sayangmu tidak terhingga. 

p/s: kalau dapat seseorang yang dapat membawamu ke jalan yang mendekatkan dirimu kepada-Nya,  sahabat yang baik, jangan lepaskan! susah nak dapat orang begini. Bak lagu 'Carilah Aku di Neraka' nyanyian Ustaz Fadzli FarEast dan Maliq Suhaimi. Sahabat ini, akan membantu kita ke syurga. Wallahu'alam. 


  


Share:

Raya oh Raya


Alhamdulillah, saya terbangun dari tidur yang tak berapa nak panjang. ☺
Cuti-cuti nak dekat raya ni, banyak kerja nak buat. Yang penting, tahun ni, my siblings (perempuan jak) membuat biskut raya dengan jayanya (mendapat  pujian daripada mak). Inilah masa kami berkumpul kerana masing-masing ada komiten kerja dan keluarga. 

Terima kasih kepada insan yang sudi membawa kami balik kampung bersama-sama. Adik-adikku yang semakin matang dewasa, suka tengok ragam kamu! Apapun ujian mendatang, kuatkan semangat ya. Raya tahun ni bukan setakat makan kuih raya jak, jangan lupa maksud sebenar 'raya' :

Hari Raya Aidilfitri pertama kali dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan (319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy). Hebatkan? Semua ni kerana kekuatan iman para muslimin. Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam bukan sahaja sebagai ganjaran kemenangan dalam bentuk kesabaran fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan secara spiritual. Seharusnya, kita umat Islam menyambut raya dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi hari raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri. Menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan muallaf pada hari tersebut juga amatlah dituntut.

Nah, jangan lupa banyakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih nanti. Bukan mo bersuka ria jak, tapi lupa kepada pemberi nikmat. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! Taqobbalallahu minna waminkum. ❤
Share:

Malam Sepi


Bangunlah berjaga!
tika semua lena
dibuai mimpi sementara
bertemu pemilik jiwa

Sang pencinta
sentiasa ada
menanti curahan rasa 
insan berdosa

Wahai pemilik cinta
bertemu kekasih yang dipuja
di malam istimewa
manfaat berganda

Panjatkanlah do'a
memohon maghfirahnya
sucikan akal dan hatinya
dari tipu daya dunia

Syawal yang bakal menjelma
hiasi dengan taqwa
memanjat kesyukuran atas nikmat-Nya
nikmat yang tiada taranya

Nukilan by:
Razznorraz❤






Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels