KEMAHIRAN PENTING YANG DICARI MAJIKAN DARIPADA GRADUAN

KEMAHIRAN PENTING YANG DICARI MAJIKAN DARIPADA GRADUAN


1.0       Pengenalan
Ijazah yang dimiliki graduan sememangnya menjadi salah satu kriteria yang dikehendaki oleh pihak majikan yang menawarkan pekerjaan. Namun, ijazah yang diperolehi bukanlah penentu bahawa setiap graduan itu mudah untuk mendapat pekerjaan. Jika sebelum ini graduan yang menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik masa depannya cerah, tetapi kini segulung ijazah tidak lagi menjamin seseorang graduan itu mendapat pekerjaan. Justifikasinya, pihak majikan juga mementingkan kemahiran-kemahiran lain dan pasaran memilih graduan. Graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian di univeristi bersaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan disebabkan oleh jumlah graduan yang terlalu ramai masuk universiti. Impaknya, persaingan dalam pekerjaan semakin sengit dan para graduan perlu memiliki beberapa kriteria atau kemahiran tertentu untuk mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan akademik mereka. Pihak majikan yang menawarkan peluang pekerjaan harus memilih dengan bijak demi kemajuan organisasi mereka. Oleh itu, kriteria-kriteria tertentu yang perlu ada dalam diri setiap pekerja perlulah ditentukan majikan terlebih dahulu sebelum memilih pekerja. Berdasarkan kemahiran-kemahiran penting ini, pihak majikan akan mudah untuk mencari pekerja lepasan universiti yang komited dan dapat menggalas tugas yang diberikan dengan baik dan berkesan.

2.0 Kemahiran-kemahiran yang dikehendaki oleh majikan untuk graduan

2.1 Komunikasi yang Berkesan
Ungkapan ‘luaran menentukan dalaman’ atau sinonimnya sebagai pandangan pertama mencerminkan peribadi seseorang merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan seseorang graduan mendapatkan pekerjaan. Keterampilan diri antara pakej penting yang perlu diberi perhatian oleh graduan apabila mendapat panggilan temuduga. Spesifikasinya, penampilan yang menarik dan kemas merefleksikan diri seseorang, iaitu sebagai seorang yang mementingkan kekemasan dan kebersihan diri. Contohnya semasa menghadiri temuduga, penampilan diri sangat penting dan dititikberatkan oleh majikan kerana penampilan memaparkan sifat serta peribadi seseorang. Dalam bidang pekerjaan, imej seseorang pekerja perlulah kemas, bersih dan sopan. Senario ini akan mengundang rasa selesa dan ceria kepada majikan, pekerja dan pelanggan. Profesion guru contohnya menekankan sikap dan sahsiah guru yang beretika dan berdedikasi. Pakaian yang kemas dan bersesuaian akan menyebabkan para pelajar merasa selesa dan tenang. Calon-calon yang ditemuduga yang memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian mampu menarik minat penemuduga atau majikan untuk memberi nilai tambah kepada penilaian yang dilakukan. Keterampilan diri yang menarik dan sopan ini menjadi antara kriteria utama yang dikehendaki majikan untuk mencari pekerja. Oleh itu, graduan seharusnya memberi perhatian terhadap penampilan diri semasa temudaga kerana kriteria ini menyerlahkan identiti dan kredibiliti graduan itu sendiri pada kaca mata majikan.

2.3       Kepimpinan
Kepimpinan merupakan kemahiran penting yang dikehendaki majikan daripada graduan. Graduan harus memperlihatkan potensi untuk memimpin kumpulannya dan rakan sekerja yang bekerja dengan mereka. Graduan yang menjadi bakal pemimpin masa akan datang perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan dengan kemampuan menganalisis peluang-peluang, selain berwibawa mengaplikasikannya, yang akhirnya dapat membawa kejayaan kepada bangsa dan negara tercinta. Kepimpinan yang dimiliki akan menyebabkan pekerja lulusan universiti dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh komited. Mengikut perspektif Islam, kepimpinan menjadi syarat utama untuk memilih pemimpin atau pemerintah. Hal ini kerana abiliti kepimpinan yang dimiliki membuktikan bahawa seseorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Kemahiran ini ialah aspek penting yang digariskan oleh pihak majikan untuk mencari pekerja lulusan universiti. Entiti ini menjadi faktor utama yang menjamin kejayaan dan keberhasilan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Sifat kepimpinan akan memupuk rasa tanggungjawab yang mendalam dan melahirkan pemimpin yang komited dengan pekerjaan dan segala kewajiban yang dipikul.
Kemahiran memimpin akan membuka ruang yang luas dan memupuk semangat bekerja dalam kumpulan. Graduan yang mempunyai sifat kepimpinan sejak daripada sekolah dan universiti lagi merupakan individu yang boleh memacu pembangunan negara. Golongan-golongan yang berkepimpinan ini menjadi nadi negara dan bangsa kerana pemimpin yang hebat dan berwibawa mampu mengubah dunia. Pemilihan graduan yang aktif dan berkepimpinan merupakan langkah yang bijak kerana ciri-ciri ini menyumbang kepada pengurusan yang efesien dan efektif dalam sesebuah kumpulan. Misalnya, kriteria utama untuk memilih Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ialah mempunyai kepimpinan. Majoriti graduan yang aktif berorganisasi sejak di universiti mendapat peluang pekerjaan yang luas selepas menamatkan pengajian.
2.4       Pemikiran Kreatif dan Kritis
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels