Khasiat Madu Lebah Asli

Salam and hi guys!

Nak kongsi pengalaman. Saya mengalami batuk yang berpanjangan... Rasa tak selesa sangat, apalagi di tempat keja, masa mengajar... Asyik keluar jak batuk ni... Allah saja yang tahu.. Macam nak keluarkan kahak yang menyebabkan ketidakselesaan saya... Lepas tu, saya cari-cari petua untuk menghilangkan batuk... Memang sunnah Nabi, iaitu madu... Madu lebah asli mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan, apalagi sebagai antibiotik...


Peter C Molan (1992), pengkaji dari Departement of Biological Sciences, University of Waikoto, telah menyatakan bahawa madu memang terbukti mengandung zat antibiotik yang aktif melawan serangan berbagai kuman patogen penyebab penyakit. Selain itu, penyakit-penyakit infeksi oleh berbagai patogen yang dapat dicegah dan disembuhkan dengan minum madu secara teratur termasuklah jangkitan saluran pernafasan, batuk, demam, penyakit luka tukak lambung, infeksi saluran pencernaan dan penyakit kulit.


InshaaAllah mujarab ya.. Madu ni memang sunnah nabi.. Rasulullah SAW minum madu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah SAW). Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.


Oleh itu, saya belilah madu asli area Kota Kinabalu and then cari petua paling mujarab, iaitu campurkan bawang putih yang dihiris halus ke dalam madu.. Biarkan selama 3 jam dan makan sesudu setiap jam... Alhamdulillah terbukti berkesan... Madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubat sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quranul Karim.


Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels