Cara Menduduki SPM Ulangan

Salam'alaik dan hi!
Keputusan SPM tahun 2017 sudah keluar. Peperiksaan SPM memberikan impak yang besar kepada masa depan seseorang pelajar, iaitu menentukan halatuju pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sijil SPM juga menjadi syarat wajib dalam memohon sebahagian besar pekerjaan di Malaysia. Oleh itu, KPM menyediakan kertas SPM Ulangan sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama.

Tarikh pendaftaran SPM ulangan bermula pada 1 Mac - 30 Mac 2018. Ha, ada seminggu lagi ni..

Mengikut Lembaga Peperiksaan Negara, pelajar dikira lulus SPM jika mendapat sekurang-kurangnya gred E dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Kepada adik-adik yang telah gagal SPM, jangan berputus asa. Kertas SPM Ulangan 2018 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan tersebut. Ini peluang anda untuk belajar dari kesilapan dan meneruskan cita-cita anda. 

Langkah yang adik-adik boleh lakukan ialah:
PENDAFTARAN SEBAGAI CALON SPM(U) 2018
Langkah yang pertama ialah mendaftarkan diri sebagai calon persendirian peperiksaan SPM Ulangan 2018 (SPMU).
Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
SPM Ulangan diadakan 2 kali setahun:
Kertas bulan Jun: peperiksaan SPMU hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
November: calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan yang sama, pada tarikh yang sama dengan calon SPM tahun itu.

Oleh itu, pada bulan November, peperiksaan melibatkan kesemua subjek SPM dan calon SPMU berpeluang untuk memilih di antara semua kertas peperiksaan yang ditawarkan.

Cara mendaftar adalah seperti berikut:
Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran pada waktu pejabat.

Bayaran yang dikenakan ialah RM32.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan/ Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
Selain borang pendaftaran calon SPMU dan bayaran, dokumen yang perlu dibawa ialah salinan sijil SPM (bagi calon yang mengulang), salinan kad pengenalan / passport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / surat akuan doktor (jika berkaitan), satu sampul surat pos ekspres dan 4 keping sampul surat bersetem. Lepas dah siap semua, boleh hantar/pos ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Usaha tangga kejayaan!
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels