• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Hakikat

Dunia hanya persinggahan
Kehidupan sementara cuma
Manusia yang sedar hakikat penciptaannya
Tidak alpa dengan kenikmatan dunia

Masih dalam pencarian
Hakikat sebenar kehidupan
Segala pancaroba yang menimpa
Harus dijalani dengan keyakinan
Siapalah kita tanpa-Nya
Sebutir debu yang seni
Tiada kekuatan tiada daya
Betapa ramai manusia menjadi lupa
Betapa ramai manusia menjadi ingkar
Betapa ramai manusia tidak bersyukur
Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan khianat
Mereka lupa akan tujuan hidup 
Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau
Ada kalanya menang ada kalanya kalah
Susah dan senang silih berganti
Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara
Itulah di namakan kehidupan di alam fana



Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'am ayat 32)


Bersabda Rasulullah Sallallahu ’Alaih Wa sallam: “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: "Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Dawud)




Share:

Kisah Abu Thalhah dan Tetamu Rasulullah


Dikisahkan oleh Imam Ahmad, suatu hari Rasulullah didatangi oleh seorang tamu dari jauh. Setelah berbincang, tamu itu mengatakan sedang dalam perjalanan. Dia memerlukan tempat menginap dan makan malam. Bekal perjalanannya ternyata telah habis. Sayangnya, saat itu Rasulullah tidak dapat menjamu tamu. Tapi, baginda bukanlah orang yang dengan mudah menolak permintaan. Rasulullah lalu menawarkan kepada para sahabatnya untuk menggantikannya menjamu tamu itu. Salah seorang sahabat bernama Abu Thalha Al Anshori bersedia menjamu tamu itu di rumahnya. 

Abu Thalha mengajak sang tamu ke rumahnya dan  meminta isterinya Ummu Sulaim untuk menjamu tamu itu dengan baik. Sayang sekali, rupa-rupanya di rumah Abu Thalhah dan Ummu Sulaim juga  tidak ada makanan yang boleh dihidangkan. "Kita tidak punya apa-apa, hanya ada makanan, itupun hanya untuk anak kita,” kata Ummu Sulaim kepada suaminya. 

Abu Thalhah memiliki idea. Dia mengatakan kepada isterinya untuk segera mengajak anaknya tidur lebih awal agar pada malam itu tidak merasa lapar. Abu Thalhah meminta istrinya menghidangkan makanan anak-anak kepada tamu itu. “Lalu hidangkan piring kosong untukku,” kata Abu Thalhah. 

Abu Thalhah mengatakan kepada sang tamu bahawa minyak sedang habis sehingga lampu tidak dinyalakan. Abu Thalhah pun menemani tamunya makan malam dalam keadaan gelap. Sebuah piring berisi makanan dihidangkan untuk tamu, sementara piring kosong di hadapan Abu Thalhah. Tamu makan dengan lahap. Abu Thalhah hanya berpura-pura makan. Tamu itu tidak menyedari bahawa Abu Thalhah tidak makan. 
Keesokan paginya, Rasulullah menemui Abu Thalhah. Rasulullah mengetahui apa yang dilakukan oleh sahabatnya malam itu. "Allah SWT takjub kepada apa yang kamu lakukan semalam,” kata Rasulullah berseri-seri. Apa yang dilakukan oleh Abu Thalhah disebut itsar, iaitu mendahulukan kepentingan orang lain dari kepentingan diri kita sendiri. Allah sangat menyukai sikap itsar.

Sungguh mulia hati para sahabat. Mereka memuliakan tetamu lebih daripada kepentingan diri sendiri walaupun susah. Masih adakah akhlak begini diamalkan? Semoga kita mampu mencontohi akhlak nabi dan para sahabatnya. Aamiiin.

Share:

Hidup sentiasa diuji

Cepatnya masa berlalu.. Rindu zaman-zaman dulu... Tidak memikirkan apa-apa, hanya fokus kepada belajar sahaja. Teringat zaman kanak-kanak, main-main saja kerja dengan kawan-kawan. Semakin menginjak dewasa ni, kita banyak didepani dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan sendiri. Subhanallah, sedikit-sedikit ujian yang menimpa, mengajar kita erti kesabaran. 

Kadang, kita lalai dari mengingati-Nya. Namun, ujian itu yang menyedarkan kita tentang hakikat sebuah kehidupan. Hanya DIA tempat bergantung, mengadu dan memohon rahmat-Nya. 
Maafkan diri ini yang kadang alpa. Semoga kita sentiasa istiqamah menjalani hidup ini. Hakikatnya, kita hanya hamba yang dhoif, tanpa-Nya siapalah kita. 

Kita bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa, 
Hanya setitik serpihan debu,
Setitik fana di padang tandus..

Share:

Mengapa Ada Bangunan Berbentuk Piramid Pada Masa Dahulu?

Piramid merupakan salah satu seni bina keajaiban dunia yang sangat mengagumkan serta membingungkan. Kagum kerana saiznya yang gergasi sementara bingung pula disebabkan usaha kita memahami bagaimana orang zaman dulu mampu membina bangunan sebesar itu. 

Strukturnya yang sangat kukuh menjadikannya mampu bertahan dalam tempoh yang sangat panjang dan masih ada sehingga kini. Terdapat banyak binaan yang berupa seperti piramid ditemui di beberapa tempat seperti Mesopotamia, Mesir, kawasan Mesoamerica, China, Sepanyol, Sudan dan beberapa lagi tempat.

Piramid didirikan oleh masyarakat terdahulu bukan sahaja sebagai mercu tanda, tetapi juga dijadikan sebagai simbol kemajuan dan kepandaian masyarakat tersebut. 

Tujuan Piramid Didirikan Pada Masa Dahulu
Mengimbau kembali kisah sejarah terdahulu, piramid dibina di kawasan yang berdekatan dengan sumber alam bagi memudahkan urusan-urusan masyarakat. Piramid didirikan sebagai pusat kegiatan masyarakat tersebut, tak kiralah dari segi ekonomi mahupun spiritual. 

Masyarakat zaman dahulu tidak mengehadkan fungsi piramid, dengan setiap piramid mempunyai fungsi berbeza mengikut masyarakatnya sendiri. Orang Mesir purba membina piramid untuk dijadikan makam atau kubur pemerintah mereka. Orang Mesoamerika pula menjadikan bangunan berbentuk piramid sebagai salah satu pusat acara menyembah Tuhan mereka.

Oleh kerana ketinggian piramid yang dibina, orang zaman dahulu percaya bahawa ketua-ketua agama mereka mampu berkomunikasi dengan Tuhan mereka dengan lebih dekat. Maka, bahagian atas piramid itu dijadikan kawasan pemujaan ritual masyarakat zaman tersebut. Fungsi sedemikian dapat dilihat pada piramid-piramid yang terletak di India dan China.

Mengapa Bentuk Piramid?
Asal-usul bentuk piramid sebenarnya bukanlah datang daripada imaginasi tanpa asas masyarakat zaman dahulu. Ilham untuk membentukkan bangunan mereka sama seperti sebuah piramid berpunca daripada bentuk gunung dan bukit yang mengelilingi kawasan mereka. Bentuk tersebut memberikan mereka inspirasi dan meniru 'rekaan' tersebut ke dalam bentuk bangunan. Setiap piramid yang dibina mempunyai bentuk asas yang sama. Tapaknya berbentuk segiempat sama dengan empat sisi berbentuk segitiga yang condong. Walau demikian, orang Mesir yang terkenal dengan piramid mereka, dikatakan mendapat inspirasi daripada seni binaan masyarakat mereka sendiri yang digelarkan 'mastaba.'

Berbeza dengan piramid sebenar, 'mastaba' adalah sebuah binaan yang lebih rendah kerana bumbungnya yang rata, sesuai dengan makna namanya iaitu 'tempat duduk.' Ia diperbuat daripada bata tanah liat pada mulanya sebelum digantikan dengan batu, bentuk mastaba tidak semestinya berbentuk segiempat sama. Kebiasaannya, panjang mastaba empat kali ganda lebarnya, dengan ketinggian mencecah 30 kaki.

Faktor pengaruh agama dan keinginan untuk membina bangunan yang lebih tinggi, bentuk piramid telah dipilih berdasarkan kestabilannya. Sisinya yang berbentuk segitiga membolehkan pengudaraan yang lebih baik. Air hujan lebih mudah mengalir ke bawah dan ketinggian yang berjaya dicapai menjadikan piramid sebagai mercu tanda serta penunjuk lokasi, bagi mereka yang tinggal atau datang ke situ.

Pada masa kini, piramid merupakan tinggalan sejarah yang membuktikan kebolehan manusia membina struktur bangunan yang tinggi suatu masa dahulu. Hal ini mengungkapkan orang zaman dahulu telah mencapai satu tahap yang mengagumkan, walaupun jika dibandingkan dengan teknologi zaman sekarang.


Share:

Kisah Ratu Syahadah, Asiah Isteri Fir'aun

Siapa yang tidak tahu tentang Fir'aun yang terkenal dengan sifat tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya, dia hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.


Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai kepada Fir'aun dan suatu hari dia teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir'aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan. Haman, utusan Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya dia setelah mendapat tahu lamaran Fir'aun telah ditolak.

Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu dengannya. 

Di hadapan Fir'aun, Asiah kemudiannya telah dipertemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir'aun. Kemudian Fir’aun berkata : "Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Disebabkan oleh ancaman itu, maka Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun akan tetapi dia telah meletakkan beberapa syarat :
  1. Fir'aun harus membebaskan kedua ibu bapanya.
  2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas.
  3. Orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
  4. Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka.

Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi itu tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah ingkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari, Asiah selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Dia sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir meskipun suaminya Fir'aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun. 

Fir'aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juruhias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari, terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah.

Akhirnya Fir'aun dapat tahu yang Hazaqil telah ingkar dan Hazaqil telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada dua orang anaknya yang masih kecil.

Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata 'Bismillah' yang membawa maksud 'dengan nama Allah'. Terdengar ucapan tersebut, puteri Fir'aun telah melaporkan hal tersebut kepada Firaun. Firaun dengan segera menangkap pendandan rambut itu dan keluarganya. Seorang demi seorang anaknya dihumban ke dalam lubang dipenuhi dengan tembaga yang menyala dengan api.

Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir'aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir'aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir'aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir'aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran yang maksudnya:

Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. (At-Tahriim 66:11)

Sedangkan Asiah seorang Ratu di samping Fir'aun pun beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, maka kita sebagai orang biasa harus turut beriman teguh kepada Allah. Asiah pernah hidup dengan kemewahan yang tidak dapat kita bayangkan, namun dia tahu bahawa kekayaan dunia tidak kekal berbanding pengakhiran di akhirat kelak.


Semoga menjadi iktibar buat kita. Wallahu'alam.


Share:

Daftar Online Banking Bank Islam (BIMB)

Perbankan online menjadi keperluan ramai sekarang ni... Overall, ramai yang sudah tahu menggunakannya, tapi mesti ada sesetengah yang belum mendaftar perbankan internet online kan? Baiklah, di sini saya kongsikan bagaimana cara mudah untuk daftar bimb online.

Berikut merupakan cara daftar BIMB Internet Banking:

1. Aktifkan perkhidmatan internet e-pin di ATM Bank Islam.
2. Masukkan kad ATM serta no Pin anda, Pilih lain-lain>Perbankan Internet, masukkan 6 digit pilihan anda (lain dari pin ATM)> ingat no pin yang anda masukkan untuk digunakan semasa mendaftar di laman sesawang Bank Islam.
3. Selesai sahaja buat step 1 dan 2, anda boleh terus masuk ke link berikut: https://www.bankislam.biz/
4. Klik first time user seperti gambar berikut:
5. Masukkan nombor ATM anda serta nombor pin yang anda daftar tadi untuk online banking.
6. Isi maklumat yang diminta dengan teliti. 
7. Pastikan nombor password yang dimasukkan hanya 6 digit dan pastikan ada nombor serta huruf untuk keselamatan.
8. Selepas selesai register anda boleh terus login BIMB perbankan internet anda.
Share:

Gagal Temuduga Disebabkan Perkara Ini

Kebanyakan pencari kerja gagal temuduga disebabkan oleh perkara ini:


SITUASI 1

Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?

Bakal pekerja : Kerana saya mahu mencari tempat kerja yang lebih baik dan boleh menghormati saya sebagai Muslim.

Bakal majikan : Kah bos dan tempat kerja lama awak ada masalah atau awak ada masalah dengan mereka?

Bakal pekerja : Dekat mana-mana pun ada cabaran, Tuan. Dan setiap satu cabaran tu memberikan pengalaman dan pelajaran baru untuk saya. InshaaAllah.

Bakal majikan : Betullah tu. Ada masalah. Masalah apa? Company mereka dah nak bankrap kah? Atau bos awak tu tak pandai manage company?

Bakal pekerja : Semuanya baik-baik saja, Tuan. Saya cuma mahu mencari yang lebih baik untuk saya.

Bakal majikan : Habis, bos dan company lama awak tu tak cukup baik?

Bakal pekerja : Bukan macam tu. (Diulang) Saya cuma mahu mencari yang lebih baik.


SITUASI 2

Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?

Bakal pekerja : Ada masalah sikit.

Bakal majikan : Masalah apa?

Bakal pekerja : Tempat kerja saya tu tak ok. Kerja banyak, gaji sikit. Bonus pun tak bagi. Bosnya pun tak ok, tapi jarang ada di pejabat. Dengar-dengar macam dah nak bankrap. Ramai pekerja yang dah berhenti dan nak berhenti juga. Kewangan diorang teruk.

Bakal majikan : Wow! teruk sangat ke?

Bakal pekerja : Teruk... EPF tak bayar. Gaji bayar suku saja. Claim jangan haraplah nak dapat. Hutang bank dah berjuta-juta. Stok tak laku. Dah berapa banyak dah dapat surat mahkamah. Hari tu siap Along datang mengamuk dekat ofis tuntut hutang. Hee... takut saya nak kerja situ lagi.

Bakal majikan : Ee... Teruknya...

Bakal pekerja : Memang teruk. Staf-staf atasan dia pun teruk. Kaki bodek. Bos pula asyik suruh buat sales saja. Habis semua orang disuruhnya buat sales. Tak pandai manage pula tu. Semua orang kena dengar cakap dia. Suruh buat rancangan, tapi semua rancangan kena reject. Lepas tu asyik bertukar arahan. Dalam meeting marah-marah. Siapa yang bodek dia, dia sukalah. Siapa yang tak bodek, memang nasiblah.

Bakal majikan : Hmm... Macam tu rupanya. Saya kenal ex-bos awak tu. Saya berkawan baik dengan dia. Lama dah. Nantilah, saya maklumkan pada dia aduan awak ni. Dia kena ubah sikap-sikap tu.

Bakal pekerja : Eh! Err... Tuan berkawan baik dengan dia?

Bakal majikan : Ya. Sejak zaman tadika lagi.

Bakal pekerja : Err... Tapi ex-bos saya tu ada baiknya juga. Banyak juga yang saya belajar daripada dia. Err...


SITUASI 3

Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?

Bakal pekerja : Saya memang suka mencari pengalaman di banyak tempat kerja.

Bakal majikan : Maksudnya?

Bakal pekerja : Biasanya saya akan bekerja selama maksimum 2 tahun sahaja di satu-satu tempat.
Kemudian saya akan berhenti dan mencari pengalaman baru.

Bakal majikan : Kenapa? Ada apa-apa rancangan peribadi yang khusus? Atau ada apa-apa tujuan khusus?

Bakal pekerja : Tak ada. Saya memang suka belajar dan sukakan cabaran baru. Bila saya rasa dah mahir dan tak ada apa-apa lagi yang mengujakan saya di situ, saya akan cari kerja di tempat lain pula.

Bakal majikan : Berapa lama nak belajar dan cari pengalaman ni?

Bakal pekerja : Belum tahu lagi. Mungkin sehingga saya rasa penat dan puas.

Bakal majikan : Selagi tak penat dan puas?

Bakal pekerja : Selagi itu saya akan terus mencari.

Bakal majikan : Jadi awak rancang nak kerja dua tahun saja di sini?

Bakal pekerja : Err... Bukan macam tu. Err... 


Ini alasannya:

Situasi 1: Bakal majikan sengaja bertanya soalan mendesak
Kadang-kadang bakal majikan kita sengaja tanya soalan-soalan mendesak sampai anda tak tahu nak jawab atau sampai kita 'ter'cerita 'kisah sebenar' kita berhenti kerja. Bertahan. Jangan sampai terkeluar rasa geram kita. Pertahankan integriti kita sebagai pekerja walaupun sudah tak bekerja di situ lagi.

Apabila diasak soalan provokasi macam tu, fikirkan segala perkara baik tentang tempat kerja lama dan ex-bos kita. Kalau tak ada, fikirkan nama baik kita sendiri dan fikirkan dosa pahala kita. Biarlah kita sampai berpeluh kerana diasak begitu. Dan biarlah hati kita geram ditanya bertalu-talu begitu.

Bakal majikan awak bukan nak tahu sangat masalah company lama dan ex-bos awak. Dia dan company dia pun ada banyak lagi masalah dan cabaran yang nak difikirkan. Kalau setakat nak merisik company orang, dia boleh hantar spy atau tanya kawan-kawan lain dalam industri.

Mereka cuma nak tengok adakah awak seorang yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan menjaga rahsia dan cerita-cerita syarikat.

Situasi 2: Jangan kutuk tempat kerja lama atau bos lama
Walau teruk macam mana sekalipun mereka, jangan cerita. Bakal majikan awak tu memanglah dengar saja cerita awak dan nampak macam berminat saja 'bergosip' dengan awak. 

Hakikatnya dalam hati, mereka mungkin sudah membuat keputusan untuk tidak menerima awak kerana mungkin akan mendapat nasib yang sama juga.

'Ya Allah... Kaw kaw dikutuknya bos dia dulu. Tak pasal-pasal aku tahu semua cerita company lama dia. Bahaya ni... Reject.'

Hati-hati. Entah-entah bakal majikan awak dan bos lama awak tu berkawan baik.

Situasi 3. Jangan terlalu jujur sewaktu temuduga kali pertama
Ada baik dan buruknya sikap begini. Simpan sikit apa-apa rancangan masa hadapan awak. Awak boleh kongsikan sikit demi sedikit kemudian nanti dalam sesi-sesi lain. Memanglah semua orang suka dengan orang yang jujur. Pilih-pilih tempat dan keadaan. Sebaliknya, terlalu jujur boleh membuatkan orang lain 'menjatuhkan hukuman' tanpa awak sempat membuat apa-apa penjelasan.

'Apa? Memang suka lompat kerja? Macam tak selamat saja nak ambil dia ni.'

Tulisan ini dipetik daripada  facebook Zuryati Isa.
Share:

Rahsia Solat 5 Waktu -Razz Norraz-


Rahsia Solat 5 Waktu


Nak tahu tak?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 








SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Lagi baik, jika kita amalkan membaca surah al-Waqiah selepas solat Subuh.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah kepada warna HIJAU (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna KUNING ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? ☺


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal solat Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah kepada warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kepada warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta, iaitu keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH, MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. 

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahu'alam.
Share:

Semua wanita itu CANTIK


❤Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

❤Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

❤Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

❤Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

❤Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

❤Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.

❤Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

❤Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat letaknya cinta.

:: Setiap Wanita itu Cantik ::❤
Share:

LATIHAN BAB 1-3 BAHASA KEBANGSAAN MPU2213 RAZZ NORRAZ




LATIHAN BAB 1-3 BAHASA KEBANGSAAN MPU2213
RAZZ NORRAZ

Jawab semua soalan dalam kertas jawapan yang disediakan.



1. Padanan yang betul bagi bahasa dalam petak P dan Q ialah


P
Q
A
Austroasia Polinesia
B
Austris Melanesia
C
Austris Austronesia
D
Austroasia Mikronesia


2. Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong.

i.              Terdapat unsur geluncuran
ii.             Kombinasi dua bunyi vokal
iii.           Mempunyai dua puncak kelantangan
iv.            Membentuk lebih daripada satu suku kata

A.            i dan ii
B.            i dan iii
C.           ii dan iv
D.           iii dan iv


3. Antara berikut, yang manakah mengandungi bunyi diftong?

A.           Gulai
B.            India
C.        Daun
D.           Ketawa


4. Perkataan yang manakah mengandungi bunyi konsonan sengauan akhir kata?

i.             Tebal
ii.             Makan
iii.            Sumbang
iv.           Mengantuk

A.            i dan ii
B.            i dan iv
C.           ii dan iii
D.           iii dan iv


5.
Dalam kepekatan malam, kapal Titanic karam dilanda taufan lalu tenggelam ke dasar laut.

             Bunyi konsonan pada akhir perkataan yang bergaris dalam ayat di atas ialah

A.             Sengauan gusi
B.             Sengauan bibir
C.            Sengauan lelangit keras
D.            Sengauan lelangit lembut


6.   Antara berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan gigi-gusi?

A.              Gari
B.              Kari
C.             Pari
D.             Tari


7. Pilih perkataan yang dimulai dengan konsonan letupan dua bibir dan diakhiri vokal belakang sempit.

A.              Bantu
B.            Kunci
C.             Tauge
D.             Delima


8.   Batu bersurat yang ditemui di Kedukan Bukit, Kota Kapur dan Talang Tuwo ditulis dalam bahasa _______________.

A.            Sanskrit
B.            Melayu kuno
C.           Melayu Purba
D.           Melayu Klasik
  

9. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dalam Perkara _________________ Perlembagaan Malaysia.

A.            151
B.            152
C.           153
D.           154


10. Contoh perkataan yang menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah _______________.

A.           Hatta
B.            Kopiah
C.           Tatkala
D.         Demikianlah




Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels