• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Punca Kerosakan Manusia



Ibnu Qayyim r.a menyebut:

Punca segala kesalahan itu adalah berasal daripada tiga perkara:
1. Kesombongan itulah yang menjadi iblis saperti apa yang berlaku kepada dirinya sekarang.
2. Ketamakan atau rakus terhadap dunia itulah yang menyebabkan Nabi Adam terkeluar dari Syurga.
3. Kedengkian itulah punca yang membuatkan salah seorang anak Adam sampai sanggup membunuh saudaranya yang lain ( Qabil membunuh Habil )
( Al - Fawa'id Ibn Qayyim ms 58 )

Perkara di atas bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya penduduk Neraka adalah orang - orang yang berlagak sombong ( Dia berjalan dengan angkuh ) kasar atau keras, sombong lagi membesar diri. Orang yang suka mengumpulkan harta, orang yang bakhil. Ada pun penduduk syurga adalah orang-orang yang lemah dan ditindas.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Imam Abu Bakr Ibnu al - Arabi r.a berkata:
“Hati itu tidak akan menjadi selamat atau bersih jika ia berasa dengki atau hasad, angkuh dan sombong”
( Ahkam al- Quran Ibn al - 'Arabi 6/182 )

Semoga Allah memelihara diri kita semua daripada penyakit - penyakit hati. Jaga diri,  hiasi peribadi,  semoga jadi mukmin sejati.. Aamiiin.
Share:

Kisah Nabi Sulaiman AS dan Semut

Nabi Sulaiman As pernah bertanya pada seekor semut,
"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup setahun???".

Maka semut pum menjawab
"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun".

Lalu Nabi Sulaiman As mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untk makanan semut tersebut.

Selepas setahun, Nabi Sulaiman As membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh saja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya pada semut "Wahai semut, mengapa hanya separuh saja gula yg engkau makan dalam setahun?".

Lalu semut menjawab
"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, jika di luar botol ini, aku yakin ALLAH akan memberikan rezeki yg cukup kepadaku untuk hidup, namun setelah engkau mengurungku di dalm botol ini, aku tidak yakin pada manusia yang akan memberi ku rezeki yang cukup, aku takut engkau terlupa untuk membuka tudung botol itu setelah setahun, oleh kerana itu aku harus berfikir cermat untk hidup setahun di dalam botol ini dengan gula sebutir".

Begitulah kisah seekor semut yg cukup yakin dengan Rezeki ALLAH kepadanya.
Bagaimana mungkin manusia seperti kita yang diberikan nikmat Islam dan iman oleh ALLAH SWT tidak yakin dengan rezeki ALLAH? Maka kita lebih buruk dari seekor semut.

~Yakinlah Bahwa Rezeki itu milik ALLAH SWT~
Share:

12 KAUM YANG DIBINASAKAN OLEH ALLAH SWT

1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QSAttaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu melakukan hubungan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di musium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah mengandung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37).

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).
Share:

Cara Menduduki SPM Ulangan

Salam'alaik dan hi!
Keputusan SPM tahun 2017 sudah keluar. Peperiksaan SPM memberikan impak yang besar kepada masa depan seseorang pelajar, iaitu menentukan halatuju pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sijil SPM juga menjadi syarat wajib dalam memohon sebahagian besar pekerjaan di Malaysia. Oleh itu, KPM menyediakan kertas SPM Ulangan sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama.

Tarikh pendaftaran SPM ulangan bermula pada 1 Mac - 30 Mac 2018. Ha, ada seminggu lagi ni..

Mengikut Lembaga Peperiksaan Negara, pelajar dikira lulus SPM jika mendapat sekurang-kurangnya gred E dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Kepada adik-adik yang telah gagal SPM, jangan berputus asa. Kertas SPM Ulangan 2018 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan tersebut. Ini peluang anda untuk belajar dari kesilapan dan meneruskan cita-cita anda. 

Langkah yang adik-adik boleh lakukan ialah:
PENDAFTARAN SEBAGAI CALON SPM(U) 2018
Langkah yang pertama ialah mendaftarkan diri sebagai calon persendirian peperiksaan SPM Ulangan 2018 (SPMU).
Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
SPM Ulangan diadakan 2 kali setahun:
Kertas bulan Jun: peperiksaan SPMU hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
November: calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan yang sama, pada tarikh yang sama dengan calon SPM tahun itu.

Oleh itu, pada bulan November, peperiksaan melibatkan kesemua subjek SPM dan calon SPMU berpeluang untuk memilih di antara semua kertas peperiksaan yang ditawarkan.

Cara mendaftar adalah seperti berikut:
Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran pada waktu pejabat.

Bayaran yang dikenakan ialah RM32.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan/ Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
Selain borang pendaftaran calon SPMU dan bayaran, dokumen yang perlu dibawa ialah salinan sijil SPM (bagi calon yang mengulang), salinan kad pengenalan / passport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / surat akuan doktor (jika berkaitan), satu sampul surat pos ekspres dan 4 keping sampul surat bersetem. Lepas dah siap semua, boleh hantar/pos ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Usaha tangga kejayaan!
Share:

AIR KELAPA MEMATIKAN SIHIR

Saya suka minum air kelapa.. Ni info yang menarik tentang air kelapa... Banyak khasiatnya.. 
Anda tahu tak? Minum air kelapa ni dapat mematikan, memuntahkan racun, bisa-bisa santau dan sihir yang ada didalam tubuh badan. Antara caranya ialah seperti berikut.

Pastikan air kelapa muda ya dan jangan letak gula atau ais batu @ original air kelapa muda. Sebelum minum, baca ayat ini:

1. Surah Al-Fatihah 1 kali. 
2. Surah Toha Ayat 69 7 kali. 
3. Berdoa (Ya Allah, jadikan air kelapa ini sebagai penawar untuk segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini).
4. Minum dengan perlahan. Sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah, jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja kerana mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada di dalam badan anda. 
5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. InshaaAllah...

Surah Toha: Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
Maksudnya:
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews