Dunia kini sangat menakutkan, dunia akhir zaman yang manusianya miliki penyakit hati. Fitnah memfitnah berleluasa, saudara memakan daging saudaranya sendiri, saling bersengketa dan berbunuhan disebabkan hal kecil sahaja. Penyakit akhir zaman yang menimpa ialah:
2. Takutkan mati
1. Cinta dunia
Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa bahawa kita akan mati dan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.
Kerana terlalu cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:
1. Banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
MasyaaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ini, penyakit yang Rasulullah SAW sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.
Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah. Akibat turutkan hawa nafsu, macam-macam cara akan digunakan termasuk tipu muslihat tanpa mengira halal haram dan dosa pahala. Lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.
Marilah sama-sama kita perbaiki iman dan amal kita. Teruskan menuntut ilmu agama supaya kita benar-benar menjadi orang bertaqwa dan dapat mengamalkan ilmu yang kita miliki. Berdo'alah kepada Allah SWT agar kita dijauhi fitnah hidup di dalam suasana akhir zaman yang penuh dugaan dan cabaran yang boleh menjejaskan iman kita jika tidak berhati-hati dan waspada.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment