Tak lama lagi menjelang Syawal.. dan meninggalkan Ramadhan Kareem.. :(
Manfaatkanlah waktu yanga ada, kita tak tahu tahun akan datang kita berkesempatan atau tak... Syukurilah apa yang kita miliki, semua itu kurniaan dari-Nya. Alhamdulillah, apa jua ujian yang kita hadapi, itu semua tanda sayang-Nya kepada kita. Kita bukan siapa-siapa, hanya hamba yang tidak memiliki apa-apa. Semua yang dikecapi kini adalah milik-Nya. So, jangan ada sifat sombong dalam diri. ❤ Suatu masa nanti, kita pergi tidak akan membawa harta, pangkat tu.. Hanya jasad kaku yang rohnya telah kembali ke alam abadi.
Maafkan saya atas segala kekhilafan diri, lahir dan batin terutamanya kepada kerabat terdekat, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengenali diri ini. Saya hanya punyai khilaf atas kesalahan diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada-Nya.
Sekarang tengah sibuk membuat persiapan raya; buat kuih raya, cantikkan rumah, cari baju raya, dengar lagu raya dll. Tapi jangan lupa tingkatkan amalan 10 malam terakhir ya, semoga bertemu indahnya lailatulqadr.
Terima kasih kerana membaca coretan ini. Kalau ada jodoh, umur panjang jumpa lagi. In shaa Allah, fi hifzillah.. ❤
No comments:
Post a Comment