Kaifiat Surah al-Waqiah


Surah al-Waqiah merupakan surah ke-56 dalam al-Quran, juzuk ke-27 dan mengandungi 96 ayat. Untuk pengetahuan semua, surah ini menerangkan tentang kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan juga orang-orang kafir. Selain itu, penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan (kiamat). 

Sabda Rasulullah SAW:

“Siapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah SAW:
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.”
(Hadis riwayat Ibnu Ady)

Kita sebagai muslim hendaklah tadabbur al-Quran bukan sekadar membaca tetapi tidak faham maknanya. Banyak pengajaran yang menginsafkan kita jika kita membaca dan memahami ayat-ayat Allah ini.

Surah al-Waqiah memberikan banyak kaifiat/kelebihan:

*Kalau membacanya setiap malam satu kali, maka akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya

*Membaca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah

*Membaca sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), in shaa Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan rezeki

*Jika nak jadi orang kaya yang sentiasabersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isyak. In shaa Allah akan menjadi seorang yang hartawan dan dermawan


*Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah al-Waqi’ah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. In shaa Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, in shaa Allah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang sakit, diringankan kesakitannya. 

Rajin-rajinkanlah membaca al-Quran dan memahaminya. Jadikan al-Quran peneman kita, in shaa Allah kebahagiaan yang akan kita kecapi. ❤


Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels