Lailatul Qadar


Dari Aishah r. a, Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan."

Hasan Al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya malam Lailatul Qadar ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas, dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik. 

Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatul Qadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. 

Kelebihan Malam Lailatul Qadar 
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah Al-Qadr. Malam Lailatul Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 tahun atau 83 tahun.

Oleh kerana itu, Rasullulah SAW sangat menggalakkan umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul Qadar itu. Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda :

"Carilah malam Lailatul Qadr pada pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." 
(HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Sebuah hadis Rasullulah SAW yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa Baginda bersabda yang bermaksud :
"Carilah Malam Lailatul Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; pada malam ke 21,23, dan 25."
(HR Bukhari Muslim,  Abu Daud,  An-Nasai,  At-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian yang ada berpendapat Malam Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan dan sebagainya dengan masing-masing dengan hujjahnya. Namun, Allah SWT jua yang mengetahuinya. 
Share:

No comments:

Post a Comment

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels