• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Pengemis Buta dan Rasulullah


Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu ialah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tiada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah r.a menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu? tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana, kata Aisyah r.a. 

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, Siapakah kamu? Abu Bakar r.a menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. 


Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niat untuk mencontohi baginda? Baginda ialah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak. Jika tidak dapat kita meneladani baginda 100%, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulakan dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Wallahu'alam.
Share:

Wanita Cantik Bermahkota Rasa Malu


Rasulullah SAW bersabda:
(إنَّ Ù„ِÙƒُÙ„ِّ دِينٍ Ø®ُÙ„ُÙ‚ًا ، Ùˆَإنَّ Ø®ُÙ„ُÙ‚َ الإسْلاَÙ…ِ الحَÙŠَاءُ)
“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”
(HR. Ibnu Majah, Hasan)

Ketika kita menyedari fitrah kita tercipta sebagai wanita, mahkluk terindah di dunia ini, kemudian Allah memberikan hidayah kepada kita, maka inilah hal yang paling indah dalam hidup. Namun sayang, sebahagian kaum wanita tidak menyedari betapa berharganya dirinya. Sehingga ramai yang merendahkan dirinya dengan menanggalkan rasa malu, sementara Allah telah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Sabda baginda: “Malu itu adalah bahagian daripada iman dan iman itu di syurga.”

Begitu jelas Rasulullah SAW memberikan teladan pada kita, bahwa rasa malu itu identiti akhlak Islam. Bahkan rasa malu tidak terlepas dari iman dan sebaliknya. Bagi seorang muslimah, rasa malu adalah mahkota kemuliaan dirinya. Rasa malu yang ada pada dirinya adalah hal yang membuat dirinya terhormat dan dimuliakan.

Jaga diri,  hiasi peribadi,  semoga jadi muslimah sejati. 💜


Share:

Indahnya Lailatul Qadar



Sayangnya, sekarang kita sibuk dengan persiapan lebaran. Saf-saf di masjid pun semakin lama semakin berkurang kerana segelintir daripada kita meluangkan masa pergi ke pusat beli-belah, pasar, membeli berbagai kelengkapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Masih ada di antara kita yang terleka dengan dunia "rayanya" walhal mereka lupa dengan keindahan malam Lailatul Qadar yang bakal tiba.

Keutamaan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar disebut dalam dua surah al-Quran. Dalam surah ad-Dukhan Allah menyifatkannya dengan malam yang mendatangkan keberkatan (Lailah Mubarakah) yang di dalamnya diselesaikan segala urusan. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) di malam yang penuh keberkatan. Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang memberi peringatan. Di dalamnya diselesaikan segala urusan yang penuh hikmah." (QS. Ad-Dukhan : 3-6).

Surah al-Qadar Allah menyifatkannya dengan sifat yang mulia, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malaikat turun di dalamnya. Dan malam itu merupakan salam (kesejahteraan) bagi manusia. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada 'malam kemuliaan' dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (QS. Al Qadar :1-5).

Ada riwayat yang mengatakan bahawa bilangan Malaikat yang berada di bumi pada malam itu lebih banyak daripada pasir dan Allah menerima taubat semua orang yang bertaubat pada malam itu. Pada malam itu dibuka segala pintu langit, sejak dari terbenam matahari sehingga terbitnya fajar. Jibril turun bersama dengan serombongan Malaikat. Lalu mereka menancapkan panji-panjinya di empat tempat:

Pertama, di sisi Ka'bah
Kedua, di sisi kubur Rasulullah SAW
Ketiga, di sisi Masjid Baitul Maqdis
Keempat, di sisi Masjid Tursina

Kemudian mereka bertebaran ke seluruh pelusuk bumi, memasuki rumah-rumah orang mukmin sambil bertasbih, bertaqdis, dan memohon ampun bagi umat Muhammad SAW.

Waktu Terjadinya Lailatul Qadar
Ibnu Hazm berkata: "Lailatul Qadar sekali sahaja dalam setahun di bulan Ramadhan sepuluh yang terakhir dan di suatu malam yang ganjil. Jika bulan itu 29 hari, maka permulaan sepuluh yang akhir, ialah malam 20 dan malam qadar itu adalah malam 20, adakalanya di malam 22, adakalanya di malam 24, 26, atau di malam 28. Jika bulan itu penuh 30 hari, permulaan puluhan yang akhir ialah malam 21. Maka malam Al-Qadar adakalanya di malam 21, 23, 25, 27, atau di malam 29."

Dalam suatu hadis riwayat Muslim daripada Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW. bersabda :
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh yang akhir, jika seseorang lemah mencari, maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh yang terakhir."

Tanda-tanda Lailatul Qadar
Para ulama berselisih pendapat tentang tanda-tanda datangnya Lailatul Qadar. Beberapa tanda yang dapat dilihat oleh mereka yang mendapatkannya, antaranya:
Orang yang mendapati malam Al-Qadar itu melihat bahawa segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit bersujud kepada Allah. Ada juga yang mendapati malam itu melihat bahawa alam terang benderang, walaupun di tempat-tempat yang gelap sekalipun. Ada juga yang mendapati malam itu mendengar salam para malaikat dan tutur katanya. Ada juga yang mendapati malam itu diperkenankan segala doanya.

Adapun pahala ibadat tetap diperolehi meskipun tanda-tanda tersebut tidak dapat dilihatnya. Sedangkan bagi mereka yang melihat tanda-tanda malam Al-Qadar, hendaklah menyembunyikan dan terus berdoa dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan khusyu', dengan doa apa sahaja yang digemarinya, keduniaannya atau akhiratannya, dan hendaklah ia berdoa untuk akhiratnya lebih banyak dan lebih kuat daripada untuk dunianya.

Keutamaan Ibadah di Malam Al-Qadar
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAw bersabda:
"Siapa sahaja yang mengerjakan ibadah di malam Al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredhaan-Nya, nescaya diampunilah dosanya yang telah lalu."

Menghidupkan Malam Al-Qadar
Menghidupkan malam Al-Qadar ialah dengan mengerjakan taat, bertahajjud, beristighfar, berzikir, membaca Al-Quran serta beri'tikaf, menambahkan amalan ihsan, memperbanyak sedekah dan lain-lain.

Para hartawan dahulu mempergunakan bulan Ramadhan untuk berlumba-lumba memenuhi keperluan orang-orang yang memerlukan bantuan, sebagai satu usaha memenuhi seruan agama dan meneladani Rasul. Mereka menyembunyikan sedekah-sedekah mereka sehingga tidak diketahui tangan kiri, apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Sebahagian hartawan dahulu menanti-nanti Lailatul Qadar, malam Allah melipat gandakan pahala. Mereka menyembunyikan dirinya, mencari keluarga-keluarga yang miskin di malam buta. Mereka memberikan segala yang dibawanya kepada keluarga miskin, tanpa dikenali oleh yang menerima pemberian itu. Mereka pulang ke rumah tanpa diketahui siapa diri mereka.

Inilah suatu adab yang tinggi yang amat baik bagi kita dalam meneladani sikap para ulama kaum muslimin terdahulu.

Berdoa di Malam Al Qadar
Aisyah diperintahkan berdoa di malam Al-Qadar. Sufyan Ats Tsauri berkata:
"Berdoa pada malam Al-Qadar, lebih saya sukai daripada solat.
Apabila seorang membaca Al-Quran, berdoa serta meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperolehi waktu yang mustajab."

Rasululah SAW bertahajjud di malam-malam bulan Ramadhan, membaca Al-Quran dengan tertib. Beliau tidak melalui ayat Rahmat, kecuali beliau memohonnya kepada Allah. Beliau tidak melalui ayat azab, kecuali beliau melindungkan diri kepada-Nya. Beliau mengumpulkan antara solat, qira'at, doa dan tafakkur.

Dalam satu Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya Allah melihat pada malam Al-Qadar kepada orang-orang mukmin dari umat Muhammad, lalu mereka diampunkan dan dirahmati-Nya, kecuali empat orang, iaitu peminum arak, penderhaka kepada ibu-bapa, orang yang selalu bertengkar dan orang yang memutuskan tali silaturahim."

Marilah sama-sama kita mengisi detik-detik terakhir bulan Ramadhan ini dengan melaksanakan ketaatan dan amal soleh, seperti doa, zikir, istighfar, solat malam, membaca al-Quran, bersedekah kepada para faqir miskin dan semoga Allah menerima segala amalan-amalan kita dan kita meraih indahnya Lailatul Qadar, malam 1000 buIan In Shaa Allah. 
Share:

Lailatul Qadar


Dari Aishah r. a, Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan."

Hasan Al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya malam Lailatul Qadar ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas, dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik. 

Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatul Qadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. 

Kelebihan Malam Lailatul Qadar 
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah Al-Qadr. Malam Lailatul Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 tahun atau 83 tahun.

Oleh kerana itu, Rasullulah SAW sangat menggalakkan umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul Qadar itu. Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda :

"Carilah malam Lailatul Qadr pada pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." 
(HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Sebuah hadis Rasullulah SAW yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa Baginda bersabda yang bermaksud :
"Carilah Malam Lailatul Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; pada malam ke 21,23, dan 25."
(HR Bukhari Muslim,  Abu Daud,  An-Nasai,  At-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian yang ada berpendapat Malam Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan dan sebagainya dengan masing-masing dengan hujjahnya. Namun, Allah SWT jua yang mengetahuinya. 
Share:

Kisah Teladan: Si Gadis dan Rasulullah



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Daripada raut wajahnya, anak gadis itu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"


Lalu gadis malang itupun menceritakan hal yang berlaku kepadanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sedemikian rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suami?


Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja, iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.


Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal
kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.


Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untukk ebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.


Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.


Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut sembuh.


Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Inshaa Allah".


*Walaupun orang yang kita sayangi sudah diambil Allah, tapi Allah masih lagi memberi kesempatan buat kita untuk berbakti kepada mereka dengan menolong mereka di akhirat. Ambillah kesempatan tersebut dengan bersungguh-sungguh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. 
Share:

Kisah Pengemis dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
Share:

NUZUL QURAN




NUZUL QURAN
Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Rasulullah SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN? 
Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi ketika Nabi SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira’. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:

“Bacalah( wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. “ (Al-‘Alaq:1-5)

KAITAN MALAM LAILATULQADAR DENGAN NUZUL QURAN
Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT maksudnya : 

“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam lailatulqadar , dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (Malam itu) hingga terbit fajar ” (Al-Qadar:1-5)

Lailatulqadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali dan biasanya berlaku pada 10 terakhir ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

HADIS DAN KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya. (Riwayat Muslim)

Antara kelebihan membaca Al-Quran: 
1) Al-Quran akan menjadi syafaat dan penyelamat kita di hari akhirat nanti.
2) Mendapat pahala.
3) Allah mempertingkatkan martabat orang mukmin yang membaca al-Quran.
4) Membaca al-Quran dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya.
5) Ibu bapa kita diberi kemuliaan oleh Allah pada hari kiamat.

Marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan keberkatan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran serta kita akan terdidik menjadi muslim yang bertakwa. Aamiiin ya Allah... Salam Nuzul Quran. 💜
Share:

Punca Kerosakan Manusia



Ibnu Qayyim r.a menyebut:

Punca segala kesalahan itu adalah berasal daripada tiga perkara:
1. Kesombongan itulah yang menjadi iblis saperti apa yang berlaku kepada dirinya sekarang.
2. Ketamakan atau rakus terhadap dunia itulah yang menyebabkan Nabi Adam terkeluar dari Syurga.
3. Kedengkian itulah punca yang membuatkan salah seorang anak Adam sampai sanggup membunuh saudaranya yang lain ( Qabil membunuh Habil )
( Al - Fawa'id Ibn Qayyim ms 58 )

Perkara di atas bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya penduduk Neraka adalah orang - orang yang berlagak sombong ( Dia berjalan dengan angkuh ) kasar atau keras, sombong lagi membesar diri. Orang yang suka mengumpulkan harta, orang yang bakhil. Ada pun penduduk syurga adalah orang-orang yang lemah dan ditindas.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Imam Abu Bakr Ibnu al - Arabi r.a berkata:
“Hati itu tidak akan menjadi selamat atau bersih jika ia berasa dengki atau hasad, angkuh dan sombong”
( Ahkam al- Quran Ibn al - 'Arabi 6/182 )

Semoga Allah memelihara diri kita semua daripada penyakit - penyakit hati. Jaga diri,  hiasi peribadi,  semoga jadi mukmin sejati.. Aamiiin.
Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

ADs

Popular

Total Pageviews

info

Labels