• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Si Jantung Hati

Dua insan menyatu
Dalam dimensi baru
Ekspedisi beribu batu
Cintaku utuh bersamamu

Kata-kata diratibkan
Tanda kesyukuran
Aturan Sang 'Aliman
Melukis perjalanan

Rindu menggebu
Kelopak mata berlagu
Mengenang permataku
Memancarkan kilau tiada semu

Kuatkan rasa cinta
Buat Sang Pencipta
Bersama ke hujung nyawa
Cinta abadi selamanya

Hamba yang penuh cinta
Selalu bercerita 
Mendedangkan kata
Menyatukan rasa kita

Jazakallahu Khairan!
By Raznorraz


Share:

Kesaksian

Kata-kata👄
Boleh jadi ubat
Penawar kesakitan
Bagi dia yang derita
Walaupun pahit
Tapi mengesankan

Kata-kata 👄
Boleh jadi racun
Tusukannya terus ke jantung
Bagi dia yang lengai
Walaupun serba kurang
Tapi merasa diri HEBAT

Kata-kata 👄
Boleh jadi saksi
Pilih percaya atau tidak
Bagi dia yang petah
Walaupun benar atau tidak
Tapi rahsianya saja 🤐

Tak jaga kata 👄
Seperti memakai wangian
Walaupun luarannya harum
Tapi dalamnya "sakit"
Tak akan indah di mata dunia
Apatah lagi di mata pencipta

Dia penilai terbaik 
Tahu isi tersurat tersirat 
Tiada rahsia tiada kata kunci
Milikmu jadi kesaksian
Walau sekecil-kecil zarah
Tiada yang lepas dari perhitungan 

Marilah kita memanfaatkan hidup dengan mengungkap kata-kata yang memberi kebaikan buat diri kita dan orang lain. 

🌺Raznorraz🌺




Share:

Tasbih Cinta💜

Menyusuri lautan 🌊
Bukan seenteng sangkaan
Perlukan kecekalan dan keyakinan
Umpama nakhoda tahu haluan 🧭
Jalan pulang ke pelabuhan
Indahnya perancangan
Kejutan tak terbayangkan
Pilihan dan dambaan
Menuju kedamaian

Hanya tasbih pujian 🤲
Dapat diratibkan
Atas segala kurniaan
Hikmah kebijaksanaan
Allah Ya Rahman Ya Muhaimin
Pelayaran itu perjuangan
Menempuh gelombang lautan
Belayar berpaksikan iman
Bekalan cahaya untuk hari kegelapan

Jadikan ibrah tauladan
Justifikasi intrepretasikan
Setiap detik perjalanan
Bukan diimpi kesempurnaan
Bersama mengabdi kecintaan
Tasbih hamba kepada Tuhan
Simpul erat jalinkan
Terpaut kenikmatan
Menyatu dalam kerinduan

By: 
🌺Raznorraz🌺










Share:

Sedar Diri

Dari zaman dahulu hingga kini
Mengalami jatuh bangunnya
Dulu viralnya hanya "hardcopy" 🗞
Sekarang ada "softcopy", ada "hardcopy" 😂
"Masalah" itu tanda "ingatan"
Solusinya pasti ada
Nak jalan singkat atau jalan jauh?
Fikir-fikirkan! 🤔
Ramai yang terjebak memilih jalan singkat
Berakhir dengan mati kojol
Na'uzubillah 😥

Seorang ustazah yang saya minati berpesan:
Nak dipermudahkan
Dekatkan diri kepada Khaliq
Amalkan zikir harian ni:

🌺Istighfar 100x
🌺Lailahaillallah 100x
🌺Selawat ke atas Nabi 100x
🌺Al-Fatihah 7x
🌺Ayatul Kursi 7x
🌺Tiga Qul : Al-Ikhlas 7x, Al-Falaq 7x, Annas 7x

Jom kita amalkan setiap hari! 
Semoga urusan kehidupan kita dipermudahkan dan diampuni dosa-dosa kita. Aamiiin 🤲

Kita hanya hamba pendosa
Setiap hari pohonlah keampunan
Tulus ikhlas setia qanaah
Mengenang dosa-dosa
Membersihkan hati
Dari titik hitam

Hebatnya Dia
Mencipta kita sebaik-baik kejadian
Hebatnya Dia
Mengurniakan kita akal fikiran
Hebatnya Dia 
Mencipta jasad dan roh
Walaupun roh tak nampak
Roh pasti meninggalkan jasad
Apabila tiba masanya
Ketika itu jasad tidak bernyawa lagi! 
Kita Hebat sebab Dia
Masih bermimpi? 😱

Kita asalnya dari tanah
Kembalinya juga ke tanah
Tiada daya dan kuasa
Semua kepunyaannya
Apa yang kita ada?
Tiada hidup tanpanya
Seperi nafas tanpa udara

Masih ada peluang
Kembali kepada fitrah
Sedarlah dari kesalahan
Noda itu disucikan
Sentiasa berbuat baik
Menjadi baik
In shaa Allah baik-baik saja 😍
Jom mengejar cinta! 

~•Raznorraz•~












Share:

Kerinduan Tiada Batasnya

Apabila menyebut tentang rindu kita kepada Rasulullah ﷺ. Ketahuilah bahawa Rasulullah ﷺ lebih merindui kita. ☹️

Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ? 
Kerapkah kita mengingati dan menangis terkenangkan Baginda? 
Berapa kali mulut kita menyebut dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ ketika kita mendengarkan nama Rasulullah ﷺ disebutkan? 
Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda Rasulullah ﷺ yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?"

Cinta luar biasa Rasulullah ﷺ kepada umatnya hingga berasa rindu untuk bertemu dan membela kita, menjadi asas penting untuk setiap mukmin membuktikan keimanan serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

Walaupun kita tidak pernah berjumpa dan melihatnya, Baginda sudah mengungkapkan kerinduan dan kecintaan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a:

Rasulullah ﷺ bersama para sahabat pergi ke kawasan perkuburan Baqi’. Para sahabat melihat Rasulullah ﷺ mengalirkan air mata dan bersabda: "Aku rindu kepada saudara-saudaraku." 

Para sahabat bertanya:
“Apakah kami ini bukan saudaramu wahai Rasulullah?”

Rasulullah ﷺ menjawab:
“Kamu semua ialah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah (orang mukmin) yang belum muncul (yang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah ﷺ).”

(HR Malik, Muslim, Ibn Majah dan Nasa’ie)

Cinta Allah💜
Cinta Nabi💜
Tanda kecintaan, banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda. 💜
Moga kita mendapat syafaatnya💜

🌺Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad🌺


Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews