• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Man Ana

Man ana man ana..........
Terngiang-ngiang lagu ni di minda saya, mendayu-dayu, ada denotasinya... ❤
Sedarkah sahabat-sahabat, siapakah kita?
Memanglah betul kita manusia.. =)
Kita manusia tetap jahilnya, 
kita manusia tidak sempurna,
tapi kita sentiasa mencari yang Maha Sempurna,
beruntunglah sesiapa yang sedar, 
tiada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya,
sungguh kerdilnya diri, 
hamba pendosa terlena dengan gemerlapnya dunia,
lupa bahawa dunia ini hanya sementara,
masih ada kehidupan lain yang abadi,
rugilah yang tertipu,
kerana kenikmatan dunia ini tidak lebih berharga di sisi-Nya dari sayap seekor nyamuk!
Siapa jua perlu sentiasa miliki jiwa kehambaan sejati,
sukar dimiliki, sukar digenggam bagi mereka yang tidak memiliki jiwa, jiwa seorang hamba,

*Kekalkanlah cinta ❤ penuhilah hati dengan cahaya yang tidak pernah pudar~~~❤






Share:

Tenanglah! ^_^

Salam dan hi u all... Lama pula xupdate blog ni... =)
Semoga semua pembaca sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.
Saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan! Yakinlah rezeki Allah itu luas, seluas pandangan langit, kita saja yang perlu mencari kesempatan. Apabila menyebut tentang dunia pekerjaan ni, situasi yang mendominasi muda-mudi kita adalah inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan. Namun inilah realiti dunia sekarang, harus merebut peluang yang ada dengan kompetensi diri yang serba lengkap. Bukan setakat ilmu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan pengalaman juga antara kriteria penting yang dicari oleh majikan.

Ada ilmu, ada kemahiran dan ada pengalaman, in shaa Allah dicampak ke mana pun, pasti jadi berlian yang bersinar. ❤ Setiap manusia punyai pengalaman jatuh bangunnya sendiri, so sentiasa istiqamah memperbaiki diri menjadi hamba yang terbaik di sisi-Nya. Aamiiin. Jangan leka dengan dunia yang sementara, ingat tujuan kita hidup, kerana akhirnya kita pasti menghadap Dia sama ada husnulkhatimah atau suulkhatimah.. Allahu akbar.   

Walaupun ditimpa pelbagai dugaan, sabar dan bersyukurlah, Allah mencintaimu. Pasti ada penyelesaian terbaik yang kau temui. Manusia di kala susah, sudah terhantuk baru terngadah, mula tersedar dan dekatkan diri kepada pencinta yang agung. Itulah lumrahnya, kita tiada apa-apa, bukan siapa-siapa, semua akan berbalik kepada Dia.  

Sayu pula dengar lagu Labbaikallah daripada In-Team ni... =( 
Labbaikallahumma labbaik! Ya Allah berilah kami kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke-5, dapat berpijak di Tanah Suci Mekah. Doakan ya, semoga ada yang mendoakanmu dalam diam. Doakan yang baik-baik untuk semua, harap berjumpa di keabadian yang nyata. Salam kasih sayang semua. ❤

Ikhlas,
Raznorraz



Share:

Audit Diri

Wahai manusia
masih kau leka
hasutan sang pendusta 
omong yang sia-sia
ghibah mencela
memakai kanta
teliti mencari mangsa
memakan daging saudara

Serahkan semua kepada Dia
mendoakan sesungguhnya
berubah menjadi peka
citra senario dunia fana
kita hanya manusia biasa
semua atas kehendak-Nya
tiada yang sempurna

Audit peribadi kita
ubati stigma penyakit jiwa 
seronok kejar pahala
dekat dengan sang pencinta
jangan peduli orang kata
tujuan hidup hanya mengejar cinta 
menggapai jannah selamanya ❤❤❤

Nukilan by:
Raznorraz

Share:

Anekdot Hidup

Hidup ini
Satu perjalanan jauh
lurus bengkok selekoh
kau harus kendali dengan cermat
agar selamat tiba ke destinasi

Waktu landau
kericau burung rimba   
menyedarkan marhaen
kitaran alam semulajadi
yang sentiasa berputar
mengikut paksinya

Realiti modenisasi
warga mayanya
tampil flamboyan saja
aslinya sasap warawiri
lelucon palsu

Manusia dan gadget
simbolik sekular menular
fiil manusia pelbagai genre
terpaut pada hedonisme
cacat cela dicanang di mana-mana

Masih adakah yang celik
hakikat hidup di alam fana
langgas rembukan
berwalak kamil sifatnya
mengejar cinta nan satu

Nukilan by:
Raznorraz



Share:

Cita-cita Tinggi

Semakin hari usia kita bertambah, tak sedar waktu pantas berlalu. Jika diimbas semula masa lalu, betapa indahnya. Fokus mau belajar jak dan jadi insan yang berjaya. Pastinya semua ada keinginan yang sama, mendapat segulung ijazah dan kemudian bekerja. Itulah perjalanan hidup yang mesti dilalui, benarkan? 

Pasaran kerja sekarang ni memang banyak persaingan, itulah realitinya. Adik-adik lepasan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah, janganlah memilih kerja. Cari pengalaman dulu, tak kira lah kerja cashier, kerani, hotel dll. Mindset mau cari kerja yang setaraf dengan kelayakan tu, tolak tepi dulu. Jika dah ada pengalaman kerja, in shaa Allah lepas tu senang nak cari kerja lain. Kumpul dulu pengalaman, percayalah rezeki Allah itu luas, kita jak yang kena cari peluang. 

Tepis semua pandangan manusia lain, masing-masing ada rezekinya. Jangan mudah menilai, susah senang seseorang itu tak semua perlu diceritakan. Masing-masing dengan ujiannya, kita yang jalani, hanya Allah yang tahu. Bersabarlah, pasti ada hal terbaik yang kau dapat. Miskin kaya bukan ukuran, tapi bagaimana kita menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri. Kaya pun ada ujiannya, miskin pun sama. Jadilah orang yang sentiasa bersederhana.
   
Usia bertambah ni, semoga amal pun bertambah juga, banyakkan bersedekah bantu orang-orang yang memerlukan, dekatkan diri kepada Tuhan, cari sahabat-sahabat yang baik agamanya, sahabat yang boleh menasihati kita jika tersasar jalan. Jom perbetulkan niat kita, diri kita, akhlak kita. In shaa Allah, aamiiin...

p/s: Baca al-Quran, fahami maknanya..  Lagi baik, hafaz al-Quran (walaupun sikit), baca surah-surah tertentu, banyak kelebihannya.






Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews