Cinta Suci
Indahnya ikatan ini
Tiada lagi rasa sangsi
Tiada lagi rasa benci
Hanya rasa cinta di hati
Alangkah indahnya
Jika hanya ada rasa cinta
Cinta yang tulus apa adanya
Cinta kerana pemilik hatinya
Pengalaman mengajar insani
Makna sebenar cinta suci
Walaupun penat kau mencari
Akhirnya kau akan sedar hakikat diri
Hidup kita di dunia
Hanya untuk sang pencinta
Apalah erti jika saling sengketa
Tiada rasa percaya dan cinta
Wahai pemilik hati
Bahagia dirasai tika ini
Percaya akan janji
Janji yang pasti terbukti
Suatu masa kita akan pergi
Mengejar cinta yang tiada ganti
Cinta pemilik hati
Cinta di jannati
Nukilan By: Razz Norraz
Mimpi Orang Meninggal
Baru terbangun daripada tidur yang lena.
Apakah tafsir mimpi melihat orang meninggal?
Allahu akbar.. Hal ini sangat menginsafkan, mengingatkan hakikat diri sebagai hamba yang dhoif.
Ini tafsir mimpinya:
1. Mimpi teman yang meninggal
Dia diberi umur panjang. Jadi, Anda perlu berdoa untuk dirinya terus supaya kehidupannya selalu bahagia.
2. Mimpi kekasih meninggal
Tidak perlu khuatir, ini tandanya kekasih anda akan mendapatkan rezeki dalam hidupnya. Doakan dan sokong segala pekerjaan yang dilakukannya supaya berjalan lancar.
3. Mimpi orang tua meninggal
Tandanya mereka akan mendapatkan kesihatan yang baik. Anda hanya perlu mendoakan orang tua agar sentiasa mendapat perlindungan-Nya.
4. Mimpi suami atau isteri meninggal
Suami atau isteri akan panjang umur dan dia akan menjadi yang terbaik untuk keluarga.
5. Mimpi anak meninggal
Mereka akan mendapatkan umur panjang dan diberi kesihatan.
6. Mimpi saudara meninggal
Tandanya anda harus berkumpul bersama mereka
Apabila anda mimpi kerabat terdekat meninggal dunia, lebih baik segera doakan agar terus diberi kesihatan dan kehidupan yang baik.
Selamat pagi
Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua...
Alhamdulillah kerana nikmat hidup yang dikurniakan-Nya, masih bernafas menjalani kehidupan ini.
Kedewasaan ini mengajar kita erti kesabaran menghadapi segala ujian-Nya. Kita hamba yang serba dhoif, jangan lupa dengan hakikat diri. Setinggi mana jua yang kau kecapi, semuanya hanya nikmat dari-Nya.
Hindari sifat-sifat yang mazmumah dan sentiasa perbaiki diri dengan sifat-sifat mahmudah. Apapun, jangan lupa beristighfar, memohon kempunan dan kasih sayang-Nya.
Semoga kita semua dalam rahmat-Nya, saling berkasih-sayang dalam cinta-Nya dan tujuan yang sama, menuju cinta-Nya.
Bye, salam'alaik. (^_^)

Tempat Menarik di Beijing
Teringat kembali memori di Beijing semasa delegasi pertukaran pelajar di universiti dulu. Ha, ini antara tempat-tempat menarik yang pernah saya lawati dulu. Manatau ada rezeki ke sana, bolehlah jalan-jalan ke tempat ni...
1. Forbidden City/ Kota Larangan

Forbidden City merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing. Dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty (1368-1644). Siapa peminat filem kungfu pasti biasa menonton adegan dataran dalam bangunan istana Maharaja yang sangat besar.
2. Tiananmen Square

Kalau Malaysia terkenal dengan Dataran Merdeka sebagai satu dataran penuh bersejarah dan simbol pentadbiran kerajaan Malaysia, China ada Tiananmen Square (sebutannya lebih kurang tian en men, bunyi ‘e’ seperti bunyi ‘e’ pada perkataan ‘empuk’).Tiananmen sangat luas sehingga boleh menempatkan sejuta orang ketika perbarisan hari kebangsaan mereka. Kerajaan China mewajibkan semua rakyatnya melawat tempat ini sekali seumur hidup.
3. Great Wall China/ Tembok Cina

Siapa tak kenal Tembok Besar China? Ini adalah antara 7 keajaban dunia dan ikon negara China. Tembok ini terbesar dan terpanjang di dunia dan benteng pertahanan pada masa terdahulu. Jika mahu memijak kaki di atas tembok ini, anda boleh memilih untuk melawat di Badaling, Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou,Gubeikou, Jinshanling dan Simatai. Bersedia untuk banyak berjalan kaki ya. Malulah pada orang tua 70-an dan kanak-kanak China yang begitu kuat memanjat tangga-tangga di sini.

4. Summer Palace

Summer Palace merupakan istana maharaja untuk beristirehat. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. Ia dikatakan ‘the best preserved empirial garden’ di dunia.
5. Masjid Niujie

Masjid Niujie, masjid paling bersejarah dan tertua di Beijing. Seni binanya saling tak tumpah seperti bangunan istana lama Maharaja. Ia dibina pada tahun 996. Terletak di Ox Street, dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan berbeza. Ia juga menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.