• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

LATIHAN POLA AYAT BAHASA MELAYU

 







Latihan Pola Ayat Bahasa Melayu


Semoga membantu cikgu-cikgu! ^_^

Share:

Sahabat yang Menguatkan


Sahabat Yang Menguatkan

Berkawan,
bukan untuk menjatuhkan;
di sebalik manisnya layanan,
terselit niat mengambil kesempatan
ramah yang tampak menenangkan
kadang menyimpan bahaya perlahan.

Berkawan,
bukan untuk merendahkan;
gurauannya penuh sindiran,
pandangannya mahu menjatuhkan
berusaha meragut kebaikan
tiang dibina dengan kesabaran.

Berkawan,
biarlah sederhana namun berisi;
tidak perlu berasa hebat,
kerana yang hebat itu milik Illahi
kita hanyalah hamba kerdil
yang sarat dengan kedaifan diri.

Dalam hati kita mendoakan,
dalam perbuatan kita memuliakan;
mencari teman seperjuangan
yang saling tegur meneguhkan
kerana tidak semua yang hadir
layak digelar sahabat SETIA.

By Razznorraz~~~ 




Share:

Rahsia Luka

Rahsia Luka

Insan yang diuji
tangisnya sukar terlihat
terkubur jauh di sudut hati
berbaur resah dan sepi
meski pedihnya menggigit sepi
hingga mencalar ke dasar jiwa

Betapa mudah manusia
membuat simpulan sendiri
seakan hidupmu bahagia
tanpa luka menemani
sedang pundakmu derita
menahan kusut yang tak berhenti

Diammu bukan kelemahan
tetapi bahasa kesabaran
tempat luka belajar tenang
tempat hati kembali pulang

Kerana setiap ujian
adalah teguran penuh kasih
dan setiap sendu yang kau sembunyikan
ada Allah yang mendengar
sebelum kau melafazkan
walau sepatah doa

~~By Razznorraz~~  ~_^



Share:

Teknik Menulis Karangan

TEKNIK MENULIS KARANGAN

PENDAHULUAN (PERENGGAN 1)


                         



Contoh Pendahuluan:

Sejak akhir-akhir ini, isu tentang perpaduan kaum sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Hal ini perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak, sama ada pemimpin negara mahupun rakyat biasa. Sebagai contoh, amalan tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati dan lain-lain lagi. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita lihat apakah cara-cara memupuk perpaduan kaum ini secara rasional?

Contoh Perenggan Isi:

Salah satu cara memupuk perpaduan kaum ialah menganjurkan majlis rumah terbuka. Hal ini demikian kerana penganjuran majlis rumah terbuka membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai keunikan budaya serta tradisi kaum lain bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh,  Sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Hari Natal menjadi wadah pertemuan yang merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang bangsa. Tegasnya, majlis rumah terbuka berperanan sebagai jambatan perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia persis peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

 Contoh Perenggan Penutup:

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh dijalankah untuk memupuk perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing amat dituntut untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Dengan adanya usaha yang murni ini, nescaya negara kita akan dapat melahirkan masyarakat yang hidup aman dan sentosa. Akhir kata, bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, usaha yang dijalankan tidak bermakna.

Selamat berjaya! ^_~

 
























Share:

Citra Hati

Diam bukan bererti bisu
Canda bukan bererti bahagia
Tangis bukan bererti hampa
Tidak seindah persepsi
Rahsia hati Dia yang serba tahu

Diamnya tanda cinta
Cintanya dalam doa
Meski cinta kadang hampa
Saban hari terselit namanya
Nama insan-insan tercinta

Perlumbaan dunia letih mengejarnya
Seperi lumba lari
Berlari sekuat tenaga
Masih tidak sampai tujuan
Fizikalnya lelah hingga jatuh tersungkur

Di manakah tujuan?
Apakah misi utama?
Bagaimana mencapainya?
Persoalan wajib cakna
Bagi yang intuisi introspeksi

Kejarlah sesuatu yang pasti
Seperti janji yang dipateri
Memberi kebahagiaan hakiki
Melakar kedamaian hati
Merantai ikatan suci

Keindahan sementara
Jangan terleka
Tidak memiliki apa
Hanya insan biasa
Bersyukur seadanya
Mengejar cinta luar biasa

Nukilan:
Razznorraz

















Share:

Keikhlasan

Satu titik itu adalah permulaan
Akhirnya menjadi bentuk yang aneka
Begitulah analoginya
Asalnya daripada tanah
Berakhir jua ke tanah
Jangan kacang lupakan kulit
Mendongak ke langit,  kaki masih berpijak di bumi
Jadilah resmi padi semakin tinggi, semakin menunduk
Tiada daya kekuatan selain Dia
Keikhlasan itu tak terlihat
Walau di malam hari,  bayangnya tak nampak
Sentiasa ada mengiringi ke jalan cahaya
Hanya hamba biasa
Mengharap cinta-Nya
Cinta ikhlas kerana-Nya


Hamba biasa:
Razznorraz




Share:

Gelora Jiwa

Aneka ragam manusia
Itulah realiti dunia
Penyakit hati mendominasi
Yang lemah ditindas
Yang kuat dipuja
Yang baik disalahkan
Yang buruk dibutakan

Masalah jiwa semakin parah
Menuding jari tanpa alibi
Stereotaip tak henti
Diri sendiri tak introspeksi
Hebatnya kamu
Hanya sementara 
Dunia fana akan ditinggalkan jua
Menuju dunia abadi

Apalah yang dikejar?
Kita sama status hamba 
Setiap kelebihan jangan dibangga
Hingga merendahkan insan lain
Semua pinjaman sementara
Tiada yang kekal di dunia
Pengakhirannya bersendiri jua
Hanya iman & amal penemannya

Ramai lagi insan baik
Berkasih sayang kerana Allah
Tujuan utama menggapai redha
Tiada manusia sempurna
Sentiasa perbaiki amalan diri
Menjadi insan yang berjiwa hamba

Oleh insan biasa,  
Raznorraz












Share:

KABINET MALAYSIA 2022

 

Ahli-ahli Jemaah Menteri Malaysia 2022


Share:

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2023/2024

 

KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)

KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)

CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024





Share:

Cinta Tak Pernah Padam

Mencari cinta elokkan diri
Setiap cela jangan dicaci 
Salah khilaf jangan dinistai
Siapa tahu dia lebih tinggi

Kalau sehati
Mengapa sembunyi?
Mengapa berteka-teki?
Polemik hati jangan diapi-api

Manusia adakala lalai, kurang intuisi
Takjub dengan diri, lena dalam duniawi
Nafsu menguasai, syaitan beraja di hati
Kemanusiaan tiada lagi, kekuasaan mendominasi

Tak semua mengerti kebenaran hakiki
Tak semua yakini erti cinta sejati
Mencari cinta perlu introspeksi diri 
Hamba yang sedar  akan wujud asli

Buat dia yang ada di sisi
Mata hati merasai
Eratkan cinta ini
Menuju syurga firdausi

Jazakallahu Khairan!
By Raznorraz 🌸🌸🌸






Share:

Si Jantung Hati

Dua insan menyatu
Dalam dimensi baru
Ekspedisi beribu batu
Cintaku utuh bersamamu

Kata-kata diratibkan
Tanda kesyukuran
Aturan Sang 'Aliman
Melukis perjalanan

Rindu menggebu
Kelopak mata berlagu
Mengenang permataku
Memancarkan kilau tiada semu

Kuatkan rasa cinta
Buat Sang Pencipta
Bersama ke hujung nyawa
Cinta abadi selamanya

Hamba yang penuh cinta
Selalu bercerita 
Mendedangkan kata
Menyatukan rasa kita

Jazakallahu Khairan!
By Raznorraz


Share:

Kesaksian

Kata-kataπŸ‘„
Boleh jadi ubat
Penawar kesakitan
Bagi dia yang derita
Walaupun pahit
Tapi mengesankan

Kata-kata πŸ‘„
Boleh jadi racun
Tusukannya terus ke jantung
Bagi dia yang lengai
Walaupun serba kurang
Tapi merasa diri HEBAT

Kata-kata πŸ‘„
Boleh jadi saksi
Pilih percaya atau tidak
Bagi dia yang petah
Walaupun benar atau tidak
Tapi rahsianya saja 🀐

Tak jaga kata πŸ‘„
Seperti memakai wangian
Walaupun luarannya harum
Tapi dalamnya "sakit"
Tak akan indah di mata dunia
Apatah lagi di mata pencipta

Dia penilai terbaik 
Tahu isi tersurat tersirat 
Tiada rahsia tiada kata kunci
Milikmu jadi kesaksian
Walau sekecil-kecil zarah
Tiada yang lepas dari perhitungan 

Marilah kita memanfaatkan hidup dengan mengungkap kata-kata yang memberi kebaikan buat diri kita dan orang lain. 

🌺Raznorraz🌺




Share:

Tasbih CintaπŸ’œ

Menyusuri lautan 🌊
Bukan seenteng sangkaan
Perlukan kecekalan dan keyakinan
Umpama nakhoda tahu haluan 🧭
Jalan pulang ke pelabuhan
Indahnya perancangan
Kejutan tak terbayangkan
Pilihan dan dambaan
Menuju kedamaian

Hanya tasbih pujian 🀲
Dapat diratibkan
Atas segala kurniaan
Hikmah kebijaksanaan
Allah Ya Rahman Ya Muhaimin
Pelayaran itu perjuangan
Menempuh gelombang lautan
Belayar berpaksikan iman
Bekalan cahaya untuk hari kegelapan

Jadikan ibrah tauladan
Justifikasi intrepretasikan
Setiap detik perjalanan
Bukan diimpi kesempurnaan
Bersama mengabdi kecintaan
Tasbih hamba kepada Tuhan
Simpul erat jalinkan
Terpaut kenikmatan
Menyatu dalam kerinduan

By: 
🌺Raznorraz🌺










Share:

Sedar Diri

Dari zaman dahulu hingga kini
Mengalami jatuh bangunnya
Dulu viralnya hanya "hardcopy" πŸ—ž
Sekarang ada "softcopy", ada "hardcopy" πŸ˜‚
"Masalah" itu tanda "ingatan"
Solusinya pasti ada
Nak jalan singkat atau jalan jauh?
Fikir-fikirkan! πŸ€”
Ramai yang terjebak memilih jalan singkat
Berakhir dengan mati kojol
Na'uzubillah πŸ˜₯

Seorang ustazah yang saya minati berpesan:
Nak dipermudahkan
Dekatkan diri kepada Khaliq
Amalkan zikir harian ni:

🌺Istighfar 100x
🌺Lailahaillallah 100x
🌺Selawat ke atas Nabi 100x
🌺Al-Fatihah 7x
🌺Ayatul Kursi 7x
🌺Tiga Qul : Al-Ikhlas 7x, Al-Falaq 7x, Annas 7x

Jom kita amalkan setiap hari! 
Semoga urusan kehidupan kita dipermudahkan dan diampuni dosa-dosa kita. Aamiiin 🀲

Kita hanya hamba pendosa
Setiap hari pohonlah keampunan
Tulus ikhlas setia qanaah
Mengenang dosa-dosa
Membersihkan hati
Dari titik hitam

Hebatnya Dia
Mencipta kita sebaik-baik kejadian
Hebatnya Dia
Mengurniakan kita akal fikiran
Hebatnya Dia 
Mencipta jasad dan roh
Walaupun roh tak nampak
Roh pasti meninggalkan jasad
Apabila tiba masanya
Ketika itu jasad tidak bernyawa lagi! 
Kita Hebat sebab Dia
Masih bermimpi? 😱

Kita asalnya dari tanah
Kembalinya juga ke tanah
Tiada daya dan kuasa
Semua kepunyaannya
Apa yang kita ada?
Tiada hidup tanpanya
Seperi nafas tanpa udara

Masih ada peluang
Kembali kepada fitrah
Sedarlah dari kesalahan
Noda itu disucikan
Sentiasa berbuat baik
Menjadi baik
In shaa Allah baik-baik saja 😍
Jom mengejar cinta! 

~•Raznorraz•~












Share:

Kerinduan Tiada Batasnya

Apabila menyebut tentang rindu kita kepada Rasulullah ο·Ί. Ketahuilah bahawa Rasulullah ο·Ί lebih merindui kita. ☹️

Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί? 
Kerapkah kita mengingati dan menangis terkenangkan Baginda? 
Berapa kali mulut kita menyebut dan berselawat kepada Rasulullah ο·Ί ketika kita mendengarkan nama Rasulullah ο·Ί disebutkan? 
Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda Rasulullah ο·Ί yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?"

Cinta luar biasa Rasulullah ο·Ί kepada umatnya hingga berasa rindu untuk bertemu dan membela kita, menjadi asas penting untuk setiap mukmin membuktikan keimanan serta kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί.

Walaupun kita tidak pernah berjumpa dan melihatnya, Baginda sudah mengungkapkan kerinduan dan kecintaan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a:

Rasulullah ο·Ί bersama para sahabat pergi ke kawasan perkuburan Baqi’. Para sahabat melihat Rasulullah ο·Ί mengalirkan air mata dan bersabda: "Aku rindu kepada saudara-saudaraku." 

Para sahabat bertanya:
“Apakah kami ini bukan saudaramu wahai Rasulullah?”

Rasulullah ο·Ί menjawab:
“Kamu semua ialah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah (orang mukmin) yang belum muncul (yang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah ο·Ί).”

(HR Malik, Muslim, Ibn Majah dan Nasa’ie)

Cinta AllahπŸ’œ
Cinta NabiπŸ’œ
Tanda kecintaan, banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda. πŸ’œ
Moga kita mendapat syafaatnyaπŸ’œ

🌺Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad🌺


Share:

Musafir Cinta

Perjalanan sang musafir
Jauh dan meletihkan
Bayangkan πŸ€”
Di padang pasir yang luas
Berjalan mencari arah
Lelah sungguh lelah!
Di manakah tujuan?

Ketika tak berdaya
Sang musafir 
Berteduh sebentar di pepohonan
Kemudian sambung perjalanan
Terus menerus dalam safar
Mencari haluan sebenar

Mampukah sang musafir 
mencari jalannya?
Kuatkah dia menahan segala ujian?
Bagaimana pengakhirannya?
Tersesat atau temui jalan pulang?
Fikir-fikirkan! 

Hakikatnya
Dunia ini terasa asing
Walaupun dalam keramaian
Tetap bersendirian 
Jasmani kita sama
Rohaninya siapa yang tahu?
Segala rahsia yang tersimpan
Hanya dia mengetahui

Sang musafir 
Misinya mencari cinta
Ada cinta dengan indahnya dunia
Pengakhirnya penuh penyesalan
Ada cinta dengan indahnya ujian
Pengakhirnya penuh kebahagiaan
Semua pasti diuji
Pilihan di tangan masing-masing

Jangan leka dan bangga
atas kelebihan yang ada
Semuanya pinjaman
Suatu saat bila tiba masa
pasti akan dikembalikan
Manfaatkanlah pinjaman itu
sebagai ladang amal

Carilah cinta empunya cinta
Kerana semua adalah milik-Nya
Rahmat Allah itu dekat 
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya
Audit diri, doa yang baik-baik
Moga semua berakhir dengan baik (Aamiiin)

By: 🌺Raznorraz🌺












Share:

Variasi HATI

Lihatlah dunia
Dengan hatimu!
Variasi hati ❤πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ§‘πŸ’œπŸ–€
Kita versi yang mana?
Alamak warna putih tak adalah πŸ˜…
Ada sini ya πŸ’Ÿ
Boleh pilih nilai sendiri
Semua dari kita
Kita yang menjalani

Lihatlah sosialisasi hidup...

Bayi kecil πŸ‘Ά
Seperti kain putih 
Ummi, bersih jiwanya
Menangis apabila lapar
Tidur apabila kenyang
Ayah bonda bersengkang mata
Menjaga penuh cinta
Simbolik kasih sayang
Pengerat jalinan

Kanak-kanak πŸ‘¦πŸ‘§
Kerjanya bermain saja
Dunianya indah sekali πŸŒŸπŸŽ‰πŸŽˆ
Bersama teman-teman 
Main getah, main guli 
Polis pencuri, lompat-lompat
Masak-masak alahai 🀩
Seronok ya
Sampai ke senja tak sudah

Remaja πŸ§‘πŸ‘©
warna warni hidupnya
Kuning purple pink biru hijau🌈
Mempesona di mata
Senyum sampai ke telinga
Perasaan minat-meminati itu biasa
Crushlah katakan 
Nak luah takut, masih belajar
Eh muda lagi! 😱
Belajar belajarπŸ€—
Ke sekolah mencari ilmu
Sedar diri ya adik-adik
Fikirkan ibu bapa yang bersusah
payah
Mencari rezeki untukmu
Hargai mereka πŸ’œ
Hadiahkan dengan kejayaan

Dewasa πŸ‘¨‍πŸ’ΌπŸ‘©‍πŸ’Ό
Belajar lagi
Setinggi Menara EiffelπŸ—Όpun boleh
Fokus nak dapat segulung ijazah πŸ‘¨‍πŸŽ“
Berjaya bekerjaya
Yang dah kerja rezeki alhamdulillah 
Asal tak lupa diri
Rendahkan hati, kayakan budi
Kahwin pula
Dunianya dah berubah
Serabut fikir itu ini
Masalah datang dan pergi
Solusinya cari sendiri
Bertabahlah ya! πŸ˜…

Tua πŸ‘΄πŸ‘΅
Dah makan asam garam gula peria ladaπŸ˜…
Semuanya seperti rakaman
Imbas masa lalu
Masa kini dan akhirnya tak tahu lagi😰
Hidup dengan kesedaran
Tentang perjalanan singkat ni
Kadang lupa
Eh siapa nama?  siapa kamu? 
MasyaAllah gitulah senarionya
Terbaring, terduduk, tak terurus
Dalam hati bukan lagi dunia
Permata hati yang baik πŸ’Ž
Berbakti untuk mereka

Deduksinya...

Hidup tak selamanya (dunia)
Siapa kita? Apa tujuan kita?
Fikirkan renungkan
Baik buruk khilaf tu memang ada
Tapi masih ada peluang
Untuk perbetulkan
Bersihkan hati, diri, roh, jasad
Dari hitam ke putih (in shaa Allah)
Cintai yang berhak
Satu-satunya tiada duanya
Ingat Dia,  baik-baik saja
All is well katakan 😍
In shaa Allah  πŸ’Ÿ

By:
•~Raznorraz~•











Share:

Nak jadi HEBAT!

Apa khabar iman kita?
Setiap hari pasti ada pasang surutnya
Nak dapat 100%  πŸ€”
MasyaAllah payah tu! 😨
50%/60%/70%? Oklah lulus!  🀣
Macam exam pula 😱
Masing-masing dengan agenda tersendiri
Semua orang nak berjayakan?
Berjaya itu nikmat
Impak usaha gigih

Nak tuai hasil harus rajin
Rajin menanam,  menyemai, menyiram hingga tumbuh subur 🌱
Setiap hasil itu jangan lupa dikongsi
Pasti lebih nikmat dan barokah
Jangan egoisme,  hedonisme,  kikirisme (buat sendiri) πŸ€‘

Rezeki Allah luas,  seluas semesta
Tak terkata!
Semua milik-Nya
bukan milik saya,  anda,  dia,  kita,  mereka
Masih ramai yang hidung tinggi
Mendongak ke langit, lupa kaki masih berpijak di tanah
Lupa bahawa pngakhirannya sama

Tekad niat
Nak jadi orang hebat
Bukan hebat dunia semata
Tapi hebat imannya in shaa Allah
Aamiiin (untuk semua)

Sedekah,  ilmu,  doa anak soleh
Pahala mengalir tak putus
Jom cuba yang terbaik
Moga kita terpilih dalam golongan kanan
Doa yang baik-baik
Jadi pencinta sejati πŸ’–

By:
•raznorraz•













Share:

Diam Tanpa Bicara

Diam tanpa bicara 🀫
Melihat tingkah manusia
Setiap hari ada cerita
Seperti novel cinta
Ada kisah uniknya
Godaan syaitan itu sentiasa ada πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»
Menghasut manusia
mengerjakan perkara sia-sia
Tak endah dosa pahala
Nak lepas badai melandaπŸŒͺ
Bukan semudah melepaskan batuk di tangga 
Gunung yang indah di kejauhan mataπŸŒ„
Perlu kekuatan untuk sampai ke puncaknya
Begitulah analoginya 
Kita harus cermat membawa jentera 
Di jalan berliku bahaya 
Kita hanya hamba pendosa
Dalam baik ada sisi hitamnya πŸ–€
Dalam hitam ada sisi putihnya πŸ’Ÿ
Dalam putih terpancar sinarnya πŸ’–
Jangan lupa status kita 
Bukan status media sosial ya!  πŸ™ˆ
Ingat sentiasa waspada
Jangan terpesona
Keindahan sementara
Jaga hati jaga cinta
Cinta terbaik lillahi ta'ala
Doakan yang terbaik sesama hamba
Semoga bertemu di syurga
Nikmat untuk pencinta yang setia

🌺•~raznorraz~•🌺









Share:

Kita Sama

Manusia meninggal dunia menuju jalan yang sama iaitu KUBUR.

Dikafankan dengan kain putih, dimandikan oleh orang lain dan ditalkinkan atas taraf yang sama.

Tak ada kelebihan bagi yang kaya atau berpangkat dan tak ada kekurangan bagi yang miskin atau orang biasa.

Semua yang meninggal akan hilang semua benda atau harta dunia kecuali amal ibadah, manfaat ilmu yang dikongsikan ketika hidup dan pahala sedekah jariah.

Itulah manusia itu sememangnya SAMA.

Yang kurang bernasib baik atau rendah pangkatnya janganlah terasa kerdil.
Yang tinggi pangkatnya atau kaya harta benda janganlah meninggi diri (sombong).

Masing-masing saling memerlukan.

Muhasabahlah diri sebelum kita dipanggil pulang kepada-Nya.

Wallahu A'lam.
Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews