• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Masih Ramaikah yang Sedar?



Alhamdulillah

Di sini saat ini
Membuka satu lembaran baru
dalam hidup yang kurang rencah

Mempelajari erti hidup yang sebenar
Mendekatkan diri kepada yang berhak
Cinta hingga ke dunia abadi

Masih ramaikah yang sedar?
Baik buruk diri kita yang menjalani
Dosa pahala sentiasa dicatat
Kiri dan kanan menjadi saksinya

Masih ramaikah yang sedar?
Kita hanya hamba
Tidak memiliki apa
Semua atas kehendak-Nya

Masih ramaikah yang sedar?
Mengapa kita dicipta
Akal fikiran yang dikurnia
Gunakanlah sebaiknya

Masih ramaikah yang sedar?
Nikmat mata, hidung, telinga
Tidak ternilai harganya
Tapi masih sombong dan lalai mentaatinya

Cintanya tidak mampu terbalas
Nikmat yang tiada tara
Tiada galang gantinya

Wahai berjiwa hamba
Syukuri apa yang dimiliki
Jalani hidup bersederhana dan penuh cinta

By:
Raznorraz




























Share:

Alhamdulillah

Alhamdulillah, alhamdulillah....
Segala puji-pujian hanya kepada-Nya..
Sujud syukur atas nikmat yang tidak terhingga
Tiada daya melainkan Dia
Semua atas kehendak-Nya
Jalani obligasi dengan sebaiknya
Mengharap redha afwahnya
Insan-insan yang mendoakan saya
walaupun dalam diam atau nyata
Semoga mendapat ganjaran berlipat ganda
Dari jauh seikhlas hati saya 
Mendoakan yang terbaik untuk semua
Kenangan kita 
Menjadi memori yang  berharga
Salam sayang dan cinta ❤








Share:

Man Ana

Man ana man ana..........
Terngiang-ngiang lagu ni di minda saya, mendayu-dayu, ada denotasinya... ❤
Sedarkah sahabat-sahabat, siapakah kita?
Memanglah betul kita manusia.. =)
Kita manusia tetap jahilnya, 
kita manusia tidak sempurna,
tapi kita sentiasa mencari yang Maha Sempurna,
beruntunglah sesiapa yang sedar, 
tiada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya,
sungguh kerdilnya diri, 
hamba pendosa terlena dengan gemerlapnya dunia,
lupa bahawa dunia ini hanya sementara,
masih ada kehidupan lain yang abadi,
rugilah yang tertipu,
kerana kenikmatan dunia ini tidak lebih berharga di sisi-Nya dari sayap seekor nyamuk!
Siapa jua perlu sentiasa miliki jiwa kehambaan sejati,
sukar dimiliki, sukar digenggam bagi mereka yang tidak memiliki jiwa, jiwa seorang hamba,

*Kekalkanlah cinta ❤ penuhilah hati dengan cahaya yang tidak pernah pudar~~~❤






Share:

Tenanglah! ^_^

Salam dan hi u all... Lama pula xupdate blog ni... =)
Semoga semua pembaca sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.
Saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan! Yakinlah rezeki Allah itu luas, seluas pandangan langit, kita saja yang perlu mencari kesempatan. Apabila menyebut tentang dunia pekerjaan ni, situasi yang mendominasi muda-mudi kita adalah inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan. Namun inilah realiti dunia sekarang, harus merebut peluang yang ada dengan kompetensi diri yang serba lengkap. Bukan setakat ilmu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan pengalaman juga antara kriteria penting yang dicari oleh majikan.

Ada ilmu, ada kemahiran dan ada pengalaman, in shaa Allah dicampak ke mana pun, pasti jadi berlian yang bersinar. ❤ Setiap manusia punyai pengalaman jatuh bangunnya sendiri, so sentiasa istiqamah memperbaiki diri menjadi hamba yang terbaik di sisi-Nya. Aamiiin. Jangan leka dengan dunia yang sementara, ingat tujuan kita hidup, kerana akhirnya kita pasti menghadap Dia sama ada husnulkhatimah atau suulkhatimah.. Allahu akbar.   

Walaupun ditimpa pelbagai dugaan, sabar dan bersyukurlah, Allah mencintaimu. Pasti ada penyelesaian terbaik yang kau temui. Manusia di kala susah, sudah terhantuk baru terngadah, mula tersedar dan dekatkan diri kepada pencinta yang agung. Itulah lumrahnya, kita tiada apa-apa, bukan siapa-siapa, semua akan berbalik kepada Dia.  

Sayu pula dengar lagu Labbaikallah daripada In-Team ni... =( 
Labbaikallahumma labbaik! Ya Allah berilah kami kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke-5, dapat berpijak di Tanah Suci Mekah. Doakan ya, semoga ada yang mendoakanmu dalam diam. Doakan yang baik-baik untuk semua, harap berjumpa di keabadian yang nyata. Salam kasih sayang semua. ❤

Ikhlas,
Raznorraz



Share:

Audit Diri

Wahai manusia
masih kau leka
hasutan sang pendusta 
omong yang sia-sia
ghibah mencela
memakai kanta
teliti mencari mangsa
memakan daging saudara

Serahkan semua kepada Dia
mendoakan sesungguhnya
berubah menjadi peka
citra senario dunia fana
kita hanya manusia biasa
semua atas kehendak-Nya
tiada yang sempurna

Audit peribadi kita
ubati stigma penyakit jiwa 
seronok kejar pahala
dekat dengan sang pencinta
jangan peduli orang kata
tujuan hidup hanya mengejar cinta 
menggapai jannah selamanya ❤❤❤

Nukilan by:
Raznorraz

Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews