• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

Kisah Teladan: Si Gadis dan Rasulullah



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Daripada raut wajahnya, anak gadis itu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"


Lalu gadis malang itupun menceritakan hal yang berlaku kepadanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sedemikian rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suami?


Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja, iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.


Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal
kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.


Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untukk ebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.


Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.


Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut sembuh.


Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Inshaa Allah".


*Walaupun orang yang kita sayangi sudah diambil Allah, tapi Allah masih lagi memberi kesempatan buat kita untuk berbakti kepada mereka dengan menolong mereka di akhirat. Ambillah kesempatan tersebut dengan bersungguh-sungguh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. 
Share:

Kisah Pengemis dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
Share:

NUZUL QURAN




NUZUL QURAN
Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Rasulullah SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN? 
Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi ketika Nabi SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira’. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:

“Bacalah( wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. “ (Al-‘Alaq:1-5)

KAITAN MALAM LAILATULQADAR DENGAN NUZUL QURAN
Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT maksudnya : 

“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam lailatulqadar , dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (Malam itu) hingga terbit fajar ” (Al-Qadar:1-5)

Lailatulqadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali dan biasanya berlaku pada 10 terakhir ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

HADIS DAN KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya. (Riwayat Muslim)

Antara kelebihan membaca Al-Quran: 
1) Al-Quran akan menjadi syafaat dan penyelamat kita di hari akhirat nanti.
2) Mendapat pahala.
3) Allah mempertingkatkan martabat orang mukmin yang membaca al-Quran.
4) Membaca al-Quran dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya.
5) Ibu bapa kita diberi kemuliaan oleh Allah pada hari kiamat.

Marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan keberkatan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran serta kita akan terdidik menjadi muslim yang bertakwa. Aamiiin ya Allah... Salam Nuzul Quran. 💜
Share:

Punca Kerosakan Manusia



Ibnu Qayyim r.a menyebut:

Punca segala kesalahan itu adalah berasal daripada tiga perkara:
1. Kesombongan itulah yang menjadi iblis saperti apa yang berlaku kepada dirinya sekarang.
2. Ketamakan atau rakus terhadap dunia itulah yang menyebabkan Nabi Adam terkeluar dari Syurga.
3. Kedengkian itulah punca yang membuatkan salah seorang anak Adam sampai sanggup membunuh saudaranya yang lain ( Qabil membunuh Habil )
( Al - Fawa'id Ibn Qayyim ms 58 )

Perkara di atas bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya penduduk Neraka adalah orang - orang yang berlagak sombong ( Dia berjalan dengan angkuh ) kasar atau keras, sombong lagi membesar diri. Orang yang suka mengumpulkan harta, orang yang bakhil. Ada pun penduduk syurga adalah orang-orang yang lemah dan ditindas.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Imam Abu Bakr Ibnu al - Arabi r.a berkata:
“Hati itu tidak akan menjadi selamat atau bersih jika ia berasa dengki atau hasad, angkuh dan sombong”
( Ahkam al- Quran Ibn al - 'Arabi 6/182 )

Semoga Allah memelihara diri kita semua daripada penyakit - penyakit hati. Jaga diri,  hiasi peribadi,  semoga jadi mukmin sejati.. Aamiiin.
Share:

Kisah Nabi Sulaiman AS dan Semut

Nabi Sulaiman As pernah bertanya pada seekor semut,
"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup setahun???".

Maka semut pum menjawab
"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun".

Lalu Nabi Sulaiman As mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untk makanan semut tersebut.

Selepas setahun, Nabi Sulaiman As membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh saja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya pada semut "Wahai semut, mengapa hanya separuh saja gula yg engkau makan dalam setahun?".

Lalu semut menjawab
"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, jika di luar botol ini, aku yakin ALLAH akan memberikan rezeki yg cukup kepadaku untuk hidup, namun setelah engkau mengurungku di dalm botol ini, aku tidak yakin pada manusia yang akan memberi ku rezeki yang cukup, aku takut engkau terlupa untuk membuka tudung botol itu setelah setahun, oleh kerana itu aku harus berfikir cermat untk hidup setahun di dalam botol ini dengan gula sebutir".

Begitulah kisah seekor semut yg cukup yakin dengan Rezeki ALLAH kepadanya.
Bagaimana mungkin manusia seperti kita yang diberikan nikmat Islam dan iman oleh ALLAH SWT tidak yakin dengan rezeki ALLAH? Maka kita lebih buruk dari seekor semut.

~Yakinlah Bahwa Rezeki itu milik ALLAH SWT~
Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews