Salam dan hi u all... Lama pula xupdate blog ni... =)
Semoga semua pembaca sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.
Saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan! Yakinlah rezeki Allah itu luas, seluas pandangan langit, kita saja yang perlu mencari kesempatan. Apabila menyebut tentang dunia pekerjaan ni, situasi yang mendominasi muda-mudi kita adalah inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan. Namun inilah realiti dunia sekarang, harus merebut peluang yang ada dengan kompetensi diri yang serba lengkap. Bukan setakat ilmu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan pengalaman juga antara kriteria penting yang dicari oleh majikan.
Ada ilmu, ada kemahiran dan ada pengalaman, in shaa Allah dicampak ke mana pun, pasti jadi berlian yang bersinar. ❤ Setiap manusia punyai pengalaman jatuh bangunnya sendiri, so sentiasa istiqamah memperbaiki diri menjadi hamba yang terbaik di sisi-Nya. Aamiiin. Jangan leka dengan dunia yang sementara, ingat tujuan kita hidup, kerana akhirnya kita pasti menghadap Dia sama ada husnulkhatimah atau suulkhatimah.. Allahu akbar.
Walaupun ditimpa pelbagai dugaan, sabar dan bersyukurlah, Allah mencintaimu. Pasti ada penyelesaian terbaik yang kau temui. Manusia di kala susah, sudah terhantuk baru terngadah, mula tersedar dan dekatkan diri kepada pencinta yang agung. Itulah lumrahnya, kita tiada apa-apa, bukan siapa-siapa, semua akan berbalik kepada Dia.
Sayu pula dengar lagu Labbaikallah daripada In-Team ni... =(
Labbaikallahumma labbaik! Ya Allah berilah kami kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke-5, dapat berpijak di Tanah Suci Mekah. Doakan ya, semoga ada yang mendoakanmu dalam diam. Doakan yang baik-baik untuk semua, harap berjumpa di keabadian yang nyata. Salam kasih sayang semua. ❤
Ikhlas,
Raznorraz
Ikhlas,
Raznorraz