Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Malaikat Jibril selalu mengharapkan tujuh hal dari keturunan anak Adam iaitu:
Pertama : Solat lima kali sehari semalam bersama imam (berjemaah)
Kedua : Berkumpul bersama para ulama'
Ketiga : Menziarahi orang yang sakit
Keempat : Menghantar jenazah ke tempat perkuburan
Kelima : Memberi minum orang yang kehausan
Keenam : Mendamaikan dua orang yang sedang berselisih (bergaduh)
Ketujuh : Menghormati tetangga (jiran) dan anak yatim
Maka berusahalah untuk melakukan ketujuh hal ini.
❤~Rabbi yassir wala tuassir~❤