• slide 1

    Perjalanan kepadanya terkadang memerlukan rasa sakit untuk lebih mendekatkan diri kepada sang pemilik hati

  • slide 2

    Hati ini mahal dan berharga. Mengapa mahal? Kerana di situlah Allah melihat kita, bukannya paras rupa.

  • slide 3

    Senyum dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT sisipkan untuk kita semua.

  • slide 4

    Manusia menilai apa yang dilihat dan dengar tentang kita. Tapi Allah menilai apa yang ada di hati kita. Jaga hati.

  • slide 5

    Its better to just quietly miss someone rather than to let themknow and get no responses.

LATIHAN POLA AYAT BAHASA MELAYU

 







Latihan Pola Ayat Bahasa Melayu


Semoga membantu cikgu-cikgu! ^_^

Share:

Sahabat yang Menguatkan


Sahabat Yang Menguatkan

Berkawan,
bukan untuk menjatuhkan;
di sebalik manisnya layanan,
terselit niat mengambil kesempatan
ramah yang tampak menenangkan
kadang menyimpan bahaya perlahan.

Berkawan,
bukan untuk merendahkan;
gurauannya penuh sindiran,
pandangannya mahu menjatuhkan
berusaha meragut kebaikan
tiang dibina dengan kesabaran.

Berkawan,
biarlah sederhana namun berisi;
tidak perlu berasa hebat,
kerana yang hebat itu milik Illahi
kita hanyalah hamba kerdil
yang sarat dengan kedaifan diri.

Dalam hati kita mendoakan,
dalam perbuatan kita memuliakan;
mencari teman seperjuangan
yang saling tegur meneguhkan
kerana tidak semua yang hadir
layak digelar sahabat SETIA.

By Razznorraz~~~ 




Share:

Rahsia Luka

Rahsia Luka

Insan yang diuji
tangisnya sukar terlihat
terkubur jauh di sudut hati
berbaur resah dan sepi
meski pedihnya menggigit sepi
hingga mencalar ke dasar jiwa

Betapa mudah manusia
membuat simpulan sendiri
seakan hidupmu bahagia
tanpa luka menemani
sedang pundakmu derita
menahan kusut yang tak berhenti

Diammu bukan kelemahan
tetapi bahasa kesabaran
tempat luka belajar tenang
tempat hati kembali pulang

Kerana setiap ujian
adalah teguran penuh kasih
dan setiap sendu yang kau sembunyikan
ada Allah yang mendengar
sebelum kau melafazkan
walau sepatah doa

~~By Razznorraz~~  ~_^



Share:

Teknik Menulis Karangan

TEKNIK MENULIS KARANGAN

PENDAHULUAN (PERENGGAN 1)


                         



Contoh Pendahuluan:

Sejak akhir-akhir ini, isu tentang perpaduan kaum sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Hal ini perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak, sama ada pemimpin negara mahupun rakyat biasa. Sebagai contoh, amalan tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati dan lain-lain lagi. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita lihat apakah cara-cara memupuk perpaduan kaum ini secara rasional?

Contoh Perenggan Isi:

Salah satu cara memupuk perpaduan kaum ialah menganjurkan majlis rumah terbuka. Hal ini demikian kerana penganjuran majlis rumah terbuka membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai keunikan budaya serta tradisi kaum lain bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh,  Sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Hari Natal menjadi wadah pertemuan yang merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang bangsa. Tegasnya, majlis rumah terbuka berperanan sebagai jambatan perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia persis peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

 Contoh Perenggan Penutup:

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh dijalankah untuk memupuk perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing amat dituntut untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Dengan adanya usaha yang murni ini, nescaya negara kita akan dapat melahirkan masyarakat yang hidup aman dan sentosa. Akhir kata, bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, usaha yang dijalankan tidak bermakna.

Selamat berjaya! ^_~

 
























Share:

My Profile

Salam Perkenalan

Raudhatul Mahabbah



From Kota Kinabalu

Hai!

Popular

Total Pageviews